Wednesday, January 23, 2013

Kejutan Bradford City mengalahkan gergasi, Aston Villa

Phil Parkinson meraikan kemenangan bersejarah Bradford City
Walaupun tewas 2-1 pada perlawanan kedua dalam saingan separuh akhir Piala Liga (Capital One Cup) semalam, Bradford City tetap melakar sejarah manis apabila berjaya ke peringkat akhir selepas menang dalam kiraan agregat 4-3 ke atas pasukan gergasi liga perdana, Aston Villa.

Pasukan yang berada di ranking ke-10 dalam liga bawahan ke-empat di England itu kini membuktikan mereka adalah 'giant-killer'.

Sebelum ini, Bradford City telah menewaskan pasukan liga perdana yang lain seperti Arsenal dan Wigan. Pengurus Bradford City, Phil Parkinson, memuji kehebatan anak-anak buahnya dengan pencapaian bersejarah tersebut.

Bayangkan saja, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, pemain Bradford yang paling mahal pun berharga 7,500 Euro sahaja berbanding Aston Villa yang dipenuhi pemain ternama. Sememangnya, kekalahan ini adalah yang memalukan bagi pasukan-pasukan seperti Aston Villa.

Bradford City akan bertemu sama ada Chelsea atau Swansea pada peringkat akhir nanti. Adakah Bradford City mampu melakar sejarah baru dalam arena sukan bola sepak England? Tunggu dan lihat sahaja nanti.

2 comments:

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger