Friday, February 7, 2014

Insiden T-Team tinggalkan stadium: JDT diberi kemenangan 3-0 oleh FAM


Sudah dijangka...itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak T-Team mengenai keputusan FAM yang memberikan kemenangan 3-0 kepada pasukan JDT selepas T-Team meninggalkan stadium Larkin dalam saingan Piala FA lalu. 
KUALA TERENGGANU - Terengganu menyifatkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam saingan Piala FA sudah dijangka dari awal lagi. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata beliau telah menjangkakan keputusan itu, sekali gus menutup peluang pasukan berstatus kelab dari negeri itu ke peringkat suku akhir Piala FA. 
"Keputusan yang diumumkan FAM itu memang sudah dijangka dari awal lagi dan jangkaan itu memang tepat," katanya ketika dihubungi hari ini. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung keputusan tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM Kelana Jaya di Petaling Jaya, hari ini, membuat keputusan memberi kemenangan perlawanan pusingan kedua itu kepada JDT selepas T-Team didapati bersalah tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua. 
Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor, Sabtu lepas, T-Team, yang ketinggalan 2-1, enggan meneruskan perlawanan babak kedua atas faktor keselamatan.      
T-Team mendakwa penyerang importnya dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pihak pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama. - Bernama

Keputusan ini memang sesuai dan tepat. FIFA pun dah buat peraturan macam tu..siapa suruh terlalu emo macam 'main bola kampung'..bukan gua yang cakap..tapi PBSNT yang cakap..hohoho...

Lagi Info menarik:



1 comments:

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger