Showing posts with label Ballon d'Or. Show all posts
Showing posts with label Ballon d'Or. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Tahniah Cristiano Ronaldo, pemenang #BallonDOr2014

So, semua persoalan sudah terjawab siapakah pemain boka sepak terhebat abad ini.. Tahniah Cristiano Ronaldo.. #BallonDOr2014 winner!!

Cristiano mendapat undian tertinggi jauh meninggalkan pencabar utama, Lionel Messi dari Argentina.

Wednesday, January 15, 2014

Apa kes Rio Ferdinand nak lari bogel ni?


WTF!! Rio Ferdinand nak lari sambil bogel? biar betik!!..hehe..semua pun tahu yang Cristiano Ronaldo adalah pemenang anugerah Ballon d'Or tahun 2013. Jadi apa kaitannya dengan Rio Ferdinand?

Sebenarnya, sebelum menghadiri majlis tersebut, Rio ada membuat satu tweet di akaun laman sosial mikro Twitter miliknya. Katanya, "Kalau @Cristiano tidak memenangi Ballon d'Or malam ini....saya akan berlari di sepanjang jalan tanpa pakaian! Ia bukanlah satu pemandangan yang hebat, tau.. Ayuh CR7!"

Nasib baiklah Ronaldo yang menang anugerah tu..kalau Messi yang menang...mungkin kita dah dapat tengok wayang free kat Zurich.

Tuesday, January 14, 2014

Air mata Ronaldo ketika memenangi anugerah Ballon d'Or 2013


Cristiano Ronaldo mengesat air mata ketika menyampaikan ucapan selaku pemenang Ballon d;Or
Akhirnya Cristiano Ronaldo berjaya menewaskan seteru utama, Lionel Messi, ketika dinobatkan sebagai penerima anugerah pemain terbaik Fifa atau Ballon d'Or untuk tahun 2013. Sebelum ini, Messi berjaya memenangi anugerah tersebut sebanyak empat kali berturut-turut dan Cristiano Ronaldo pula berada di tempat kedua sebanyak tiga kali berturut-turut di belakang Messi.

Dengan jumlah jaringan sebanyak 66 gol dalam 56 perlawanan bersama kelab dan negara, ia sudah cukup untuk Ronaldo merebut kembali anugerah tersebut dari Messi yang mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa direhatkan dan tidak dapat beraksi dalam banyak perlawanan sepanjang musim lalu.

Ketika menerima anugerah tersebut dengan penuh emosi, sambil mengusap air mata, Ronaldo menyatakan rasa terima kasih kepada pasukan kelabnya, Real Madrid, dan pasukan negaranya, Portugal. Selain itu, Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, isteri, dan anaknya. Katanya,

"Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya di peringkat kelab dan kebangsaan. Tanpa usaha mereka, semua ini akan menjadi mustahil. Saya sangat gembira, memang susah nak menang anugerah sebesar ini. Kepada semua yang terlibat dengan saya secara personal, isteri saya, kawan-kawan saya, anak lelaki saya, terima kasih atas segalanya".


Dalam majlis penganugerahan Fifa kali ini, Frans Ribery berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Messi selepas membantu Bayern Munich memenangi treble musim lalu. Zlatan Ibrahimovic pula berjaya memenangi anugerah Puskas untuk Goal of theYear melalui jaringannya ketika menentang England.

Satu anugerah khas 'Special Award' juga telah diberikan kepada pemain lagenda Brazil, Pele, dalam majlis kali ini.

Tuesday, January 8, 2013

Messi menang Ballon d'Or lagi lagi lagi....

Paling layak. Messi dengan trofi Ballon d'Or bagi tahun 2012
 Inilah kali keempat Lionel Messi memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA atau lebih dikenali sebagai Ballon d'Or semalam (7 Januari 2013). Wow! satu rekod baru pencapaian. Dan tidak hairan jika tahun depan dia juga akan memenanginya. 

Tiga terbaik tahun 2012
Messi menumpaskan Cristiano Ronaldo dan Andreas Iniesta manakala pemain terbaik kategori wanita pula dimenangi oleh Abby Wambach, pemain dari Amerika yang menumpaskan Alex Morgan dan Marta.

Kemenangan Messi ini menjadikan anugerah Ballon d'Or ini sebagai yang ke-10 pernah dimenangi oleh pemain yang berasal dari kelab Barcelona.

Cerita Blogger