Showing posts with label Nazmi Faiz Mansor. Show all posts
Showing posts with label Nazmi Faiz Mansor. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Kes Nazmi pulang ke Malaysia tanpa pengetahun FAM - Nazmi kena beri penjelasan

Nazmi Faiz kembali ke Malaysia
Kuala Lumpur: “Saya mahu Nazmi (Faiz Mansor) tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar mengapa dia kembali ke negara ini,” itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad bagaikan tidak mengetahui langsung punca sebenar mengapa pemain kelab Beira Mar dari Portugal itu pulang mengejut ke Malaysia, semalam.

Azzuddin yang dihubungi meluahkan kekecewaannya kerana FAM tidak menerima sebarang maklumat sekalipun pihaknya sepatutnya mendapat penjelasan sebelum ia dapat dihidu pihak media.
Mengecewakan

“Saya tidak tahu menahu langsung mengapa dia pulang. Tiada sebarang maklumat langsung dari pihak kelab mahupun dari Nazmi sendiri. Setakat ini saya tiada perkembangan lanjut mengenainya. Apa yang mengecewakan saya ialah FAM menghantar Nazmi dengan cara baik tetapi ia berakhir begini.”

Begitupun, berita yang diambil daripada laman web rasmi kelab Beira Mar, beiramar.pt pada 29 Januari lalu mengatakan kelab Portugal itu sudah berhubung dan mendapat persetujuan mengenai pinjaman selama enam bulan yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.

“Soal pulang terus atau pinjaman selama enam bulan dan pasukan mana dia akan beraksi semuanya di luar pengetahuan FAM,” kata Azzuddin. “Oleh itu, saya mahu Nazmi tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar.”

Nazmi, 19, menjadi pemain negara pertama yang berjaya menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Portugal namun prestasinya setakat ini sekadar meletakkannya dalam skuad utama bawah 19 tahun pasukan itu.
Selain Nazmi, rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Ahmad Fakri Saarani turut menyertai kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos.

Sumber: BH
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nazmikenaberipenjelasan/Article/artikel

Tuesday, January 29, 2013

Nazmi Faiz Dedah Bekas Kekasih & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?

Sebelum ini pemain bola sepak Kebangsaan, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu. Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau diceroboh. Terbaru, sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitternya.

Awal pagi tadi, Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.

“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.



Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.

Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Adakah akaunnya diceroboh lagi atau apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/237951-nazmi-faiz-dedah-bekas-kekasih-a-aidil-zafuan-ada-hubungan-sulit.html

Tuesday, January 15, 2013

Apa kes Nazmi Faiz di Twitter ni? Tuduh girlfriend sebagai penipu?

Tidak dapat dipastikan apakah status hubungan mereka sekarang, namun kecoh hari ini apabila Nazmi Faiz yang mempunyai lebih 30 ribu pengikut Twitter telah menulis status menuduh kekasihnya, Tengku Fiella sebagai penipu dan ‘pisau cukur’.

Bagi yang tidak tahu, pada pertengahan tahun lepas, Tengku Fiella dan Nazmi Faiz telah disahkan bercinta apabila mereka berdua saling berbalas mesej romantik di laman Facebook. Namun hari ini, akaun Twitter Nazmi telah menarik perhatian ramai peminat sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah sebuah lagi mensi yang dihantar kepada seorang selebriti, Johan A’sari, apabila dia seakan-akan diberi amaran. Apakah kaitan diantara Johan pada Nazmi dan juga Tengku Fiella?
Walau bagaimana pun, pemain bola sepak yang bermain untuk S.C Beira Mar (Liga Primeira, Portugal) ini telah menarik balik kenyataannya serta memadam status yang ditulis. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan bahawa ada pihak yang telah menggodam akaun Twitter dan cuba mensabotajnya.
Jadi, kepada pengguna Twitter, berhati-hatilah walau dimana saja. Pastikan akaun laman sosial anda juga sentiasa dilog keluar.

Sumber: wowberita.org
http://wowberita.org/twitter-nazmi-faiz-mansor-sudah-putus-cinta

Cerita Blogger