Friday, January 10, 2014

Mulanya agak gugup tapi Norazlan tekad untuk buat aksi terbaik

Norazlan Razali (Kredit foto: suaragenerasibaru.com)

Johor Bahru: Perasaan gugup masih menyelubungi Norazlan Razali namun senario itu dianggap bersifat sementara kerana penjaga gol Johor Darul Takzim (DT) itu percaya dia mampu mengatasi kemelut berkenaan sebelum bermulanya saingan Liga M, 18 Januari ini.

Ketika skuad Harimau Selatan mengharungi dua aksi persahabatan kompetitif menentang Tampines Rovers dan Hougang United, bekas penjaga gol Selangor itu tidak diturunkan kerana melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Ketika menentang Pelita Bandung Raya yang berkesudahan Johor DT seri 1-1, Norazlan bertindak selaku penjaga gol utama namun dia melepaskan satu gol kepada jaringan TA Musafri, tetapi kesilapan itu ditebus dengan aksi konsisten pada babak kedua.

Apapun Norazlan mengakui dia perlu berada pada tahap memuaskan seandainya ingin kekal dalam kesebelasan utama kerana dengan saingan dua lagi penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan dan Mohd Al-Hafiz Hamzah.

“Saya perlu bekerja keras untuk memastikan tempat sebagai penjaga gol utama dan berharap sentuhan jurulatih penjaga gol, Angel Lozano Zorita mampu memberi keyakinan kepada saya untuk beraksi lebih cemerlang.

“Memang agak gugup sikit ketika aksi menentang Pelita Bandung Raya selepas pertama kali diturunkan dalam perlawanan kompetitif dan saya berjanji akan memberi persembahan lebih baik.

“Saya akui pasukan ini juga memiliki dua lagi penjaga gol hebat iaitu Izham dan Al-Hafiz dan saingan ini amat baik kerana siapa lebih bagus akan berada dalam kesebelasan utama,” katanya.


Namun ia bukan alasan untuk Norazlan merendah diri, sebaliknya dia membulat tekad akan terus memburu posisi utama pasukan musim ini.

Berpegang kepada janji untuk memastikan Johor DT memburu sekurang-kurangnya satu piala sama ada Piala FA atau Piala Liga untuk slot ke Piala AFC 2015, Norazlan mahu menyumbang kepada kebangkitan skuad Harimau Selatan musim ini. “Jika diturunkan pada aksi persahabatan terakhir menentang Home United, esok, saya akan beri persembahan terbaik dan berusaha mengelak daripada dibolosi, namun semuanya bergantung kepada keputusan jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez. Apapun saya sudah bersedia,” kata Norazlan.

Johor Bahru: Perasaan gugup masih menyelubungi Norazlan Razali namun senario itu dianggap bersifat sementara kerana penjaga gol Johor Darul Takzim (DT) itu percaya dia mampu mengatasi kemelut berkenaan sebelum bermulanya saingan Liga M, 18 Januari ini.

Ketika skuad Harimau Selatan mengharungi dua aksi persahabatan kompetitif menentang Tampines Rovers dan Hougang United, bekas penjaga gol Selangor itu tidak diturunkan kerana melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Ketika menentang Pelita Bandung Raya yang berkesudahan Johor DT seri 1-1, Norazlan bertindak selaku penjaga gol utama namun dia melepaskan satu gol kepada jaringan TA Musafri, tetapi kesilapan itu ditebus dengan aksi konsisten pada babak kedua.

Apapun Norazlan mengakui dia perlu berada pada tahap memuaskan seandainya ingin kekal dalam kesebelasan utama kerana dengan saingan dua lagi penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan dan Mohd Al-Hafiz Hamzah.

“Saya perlu bekerja keras untuk memastikan tempat sebagai penjaga gol utama dan berharap sentuhan jurulatih penjaga gol, Angel Lozano Zorita mampu memberi keyakinan kepada saya untuk beraksi lebih cemerlang.

“Memang agak gugup sikit ketika aksi menentang Pelita Bandung Raya selepas pertama kali diturunkan dalam perlawanan kompetitif dan saya berjanji akan memberi persembahan lebih baik.

“Saya akui pasukan ini juga memiliki dua lagi penjaga gol hebat iaitu Izham dan Al-Hafiz dan saingan ini amat baik kerana siapa lebih bagus akan berada dalam kesebelasan utama,” katanya.

Namun ia bukan alasan untuk Norazlan merendah diri, sebaliknya dia membulat tekad akan terus memburu posisi utama pasukan musim ini.

Berpegang kepada janji untuk memastikan Johor DT memburu sekurang-kurangnya satu piala sama ada Piala FA atau Piala Liga untuk slot ke Piala AFC 2015, Norazlan mahu menyumbang kepada kebangkitan skuad Harimau Selatan musim ini. “Jika diturunkan pada aksi persahabatan terakhir menentang Home United, esok, saya akan beri persembahan terbaik dan berusaha mengelak daripada dibolosi, namun semuanya bergantung kepada keputusan jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez. Apapun saya sudah bersedia,” kata Norazlan. - myMetro


0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger