Showing posts with label Paris St-Germain. Show all posts
Showing posts with label Paris St-Germain. Show all posts

Wednesday, July 30, 2014

Fuyoo! Jaringan Kung Fu terbaru dari Zlatan Ibrahimovic

Zlatan ni memang terkenal dengan jaringan-jaringan cantik tak kiralah di kelab mana dia bermain. Yang paling diingati ialah ketika dia menjaringkan gol jarak jauh Sweden menantang England dalam aksi persahabatan setahun lalu  yang sekaligus mengangkat namanya sebagai pemenang anugerah Puskas atau Goal of the Year 2013 dari FIFA.

Terbaru, pemain PSG ini sekali lagi menunjukkan kemahirannya...kali ini dengan menjaringkan Kung Fu goal..

Tapi sayang...ianya dijaringkan ketika sesi latihan...


Wednesday, April 9, 2014

Keputusan suku akhir kedua Liga Juara: Chelsea dan Real Madrid mara

Go Blues...Chelsea menang 3-3 dengan agregat kiraan gol tempat lawan selepas berjaya menumpaskan Paris Saint Germain PSG semalam 2-0 di Stamford Bridge. Dalam perlawan pertama, PSG menang di tempat sendiri 3-1. Gol Chelsea dijaringkan oleh Schürrle dan Demba Ba.
Jaringan Demba Ba ceriakan Mourinho
Dalam satu lagi perlawanan suku akhir lain, Dortmund gagal menyekat kemaraan Real Madrid walaupun menang 2-0 di tempat sendiri keranan masih ketinggalan dari segi jaringan gol selepas tewas dalam perlawanan pertama 3-0.

Awal pagi nanti, dua lagi perlawanan tumpuan akan berlangsung antara Bayern Munich vs Manchester United dan Atletico Madrid vs Barcelona.

Lagi Info Menarik:


Thursday, October 3, 2013

Wow! ini dia burger jenama Ibrahimovic di Paris

Sebuah restoran di Paris telah melancarkan burger terbaru mereka yang diilhamkan dari bintang bola sepak pasukan Paris St-Germain, Zlatan Ibrahimovic.
Sumber: Twitter @ProZlatan

Burger itu seberat 600gram dan berharga 30 euros atau sekitar RM100. Kata pemilik restoran bernama Doddy’s Café tersebut, burger gergasi itu disaluti dengan keju istimewa yang menandakan betapa kuat dan istimewanya Ibrahimovic.

Setakat ini baru 7 orang yang berjaya menghabiskan keseluruhan burger gergasi itu. Walau bagaimanapun, Ibrahimovic masih belum mencuba burger terbaru ini.




Cerita Blogger