Tuesday, January 14, 2014

Air mata Ronaldo ketika memenangi anugerah Ballon d'Or 2013


Cristiano Ronaldo mengesat air mata ketika menyampaikan ucapan selaku pemenang Ballon d;Or
Akhirnya Cristiano Ronaldo berjaya menewaskan seteru utama, Lionel Messi, ketika dinobatkan sebagai penerima anugerah pemain terbaik Fifa atau Ballon d'Or untuk tahun 2013. Sebelum ini, Messi berjaya memenangi anugerah tersebut sebanyak empat kali berturut-turut dan Cristiano Ronaldo pula berada di tempat kedua sebanyak tiga kali berturut-turut di belakang Messi.

Dengan jumlah jaringan sebanyak 66 gol dalam 56 perlawanan bersama kelab dan negara, ia sudah cukup untuk Ronaldo merebut kembali anugerah tersebut dari Messi yang mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa direhatkan dan tidak dapat beraksi dalam banyak perlawanan sepanjang musim lalu.

Ketika menerima anugerah tersebut dengan penuh emosi, sambil mengusap air mata, Ronaldo menyatakan rasa terima kasih kepada pasukan kelabnya, Real Madrid, dan pasukan negaranya, Portugal. Selain itu, Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, isteri, dan anaknya. Katanya,

"Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya di peringkat kelab dan kebangsaan. Tanpa usaha mereka, semua ini akan menjadi mustahil. Saya sangat gembira, memang susah nak menang anugerah sebesar ini. Kepada semua yang terlibat dengan saya secara personal, isteri saya, kawan-kawan saya, anak lelaki saya, terima kasih atas segalanya".


Dalam majlis penganugerahan Fifa kali ini, Frans Ribery berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Messi selepas membantu Bayern Munich memenangi treble musim lalu. Zlatan Ibrahimovic pula berjaya memenangi anugerah Puskas untuk Goal of theYear melalui jaringannya ketika menentang England.

Satu anugerah khas 'Special Award' juga telah diberikan kepada pemain lagenda Brazil, Pele, dalam majlis kali ini.

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger