Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Pemain bola sepak Malaysia tak tahan kena psyko, tanda mentaliti lemah

ARAU: Perlawanan bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 dicemari dengan insiden kekecohan antara pemain Sarawak dengan penyokong tuan rumah, Perlis, di Stadium UiTM Perlis di sini, hari ini.

Insiden provokasi penyokong tuan rumah dengan membaling objek ketika pemain keluar padang mencetuskan kekecohan apabila pemain Sarawak mula bertindak dengan membaling semula objek ke arah penyokong.

Sarawak, yang kalah 4-1 pada perlawanan itu, dikatakan tidak tahan dengan serangan provokasi penyokong selepas perlawanan berakhir dan mula membalas cemuhan penyokong dengan melontar semula objek yang dibaling oleh penyokong.

Keadaan tersebut berlarutan selama 10 minit sebelum dikawal oleh anggota sukarelawan dan polis bertugas.

Pengurus Pertandingan, Jamil Che Mat berkata, anggota keselamatan bertindak pantas untuk meredakan ketegangan serta meminta penyokong supaya mengawal emosi dan memberi sokongan secara beradab.


Selain Perlis, pasukan lain yang layak ke suku akhir ialah Sabah, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Johor dan Negeri Sembilan. - Bernama

P/s: Bila tak tahan kena psyko..ini lah jadinya...tanda bahawa tahap mentaliti pemain bola sepak tempatan masih rendah..

Lagi Info Menarik:

Thursday, October 10, 2013

Kecoh! Perlis tak bayar gaji jurulatih dan pemain sejak tiga bulan lalu?

Sesebuah pasukan bola sepak yang mempunyai masalah dalaman biasa mudah dikenalpasti dengan hanya melihat kepada prestasi semasa mereka. Salah satu faktor kepada kemorosotan prestasi pasukan ialah tidak dibayar gaji. 

Laporan Yahoo News hari ini menyatakan bahawa pasukan Perlis gagal membayar gaji pemain, jurulatih, dan para pegawai mereka sejak bulan Jun lalu. Walaupun para pemain dan jurulatih mereka, Yunus Alif, sudah membuat laporan kepada FAM, namun masih belum terdapat tanda-tanda bahawa masalah itu akan diselesaikan segera.

Sebelum pilihanraya bulan Mei lalu, Perlis FA diterajui oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kasim namun selepas beliau dilantik menjadi Menteri di JPM, jawatan tersebut disandang oleh Rozali Abdul Rahman.

Sejak itu, mereka tidak lagi pernah dibayar gaji. Perlis kini berada dalam saigan Liga Perdana dan hampir-hampir tersingkir musim lalu apabila menduduki tangga ke 10 dari 12 pasukan.




Cerita Blogger