Tuesday, August 5, 2014

Fuyoo! Piala pertama untuk LvG bersama Manchester United

Walaupun hanya sekadar perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan sebelum bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris 2014/2015, namun kredit perlu diberikan kepada pengurus baru Manchester United, Loius van Gaal selepas berjaya membimbing pasukan itu memenangi International Champions Cup di Miami, USA, dengan menewaskan Liverpool 1-3 awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut melengkapkan jelajah pramusim tanpa kalah United di Amerika Syarikat. Sebelum ini, Manchester United menewaskan AS Roma 3-2, seri 0-0 dengan Inter Milan, dan menewaskan Real Madrid 3-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A.

Jadi adakah ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Manchester United pada musim depan dan mampukah LvG mengembalikan maruah United yang tercalar teruk ketika era Moyes? 

Well...EPL will coming soon..let's wait and see...at least, peminat MU ada sebab untuk bergembira di awal musim kali ini.


0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger