Thursday, October 10, 2013

Kecoh! Perlis tak bayar gaji jurulatih dan pemain sejak tiga bulan lalu?

Sesebuah pasukan bola sepak yang mempunyai masalah dalaman biasa mudah dikenalpasti dengan hanya melihat kepada prestasi semasa mereka. Salah satu faktor kepada kemorosotan prestasi pasukan ialah tidak dibayar gaji. 

Laporan Yahoo News hari ini menyatakan bahawa pasukan Perlis gagal membayar gaji pemain, jurulatih, dan para pegawai mereka sejak bulan Jun lalu. Walaupun para pemain dan jurulatih mereka, Yunus Alif, sudah membuat laporan kepada FAM, namun masih belum terdapat tanda-tanda bahawa masalah itu akan diselesaikan segera.

Sebelum pilihanraya bulan Mei lalu, Perlis FA diterajui oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kasim namun selepas beliau dilantik menjadi Menteri di JPM, jawatan tersebut disandang oleh Rozali Abdul Rahman.

Sejak itu, mereka tidak lagi pernah dibayar gaji. Perlis kini berada dalam saigan Liga Perdana dan hampir-hampir tersingkir musim lalu apabila menduduki tangga ke 10 dari 12 pasukan.




0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger