Showing posts with label QPR. Show all posts
Showing posts with label QPR. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Tony Fernandes muat naik gambar parodi tanpa baju

PEMILIK Queens Park Rangers, Tony Fernandes dilihat membuat sindiran berkaitan isu melibatkan pengurus pasukan, Harry Redknapp  yang menggelarkan penyerang, Adel Taarabt sebagai gemuk.

Taarabt baru-baru ini membalas sindiran Redknapp dengan memuat naik gambar yang menunjukkan dirinya bukan seperti yang didakwa pengurus pasukannya itu.

Sementara itu, Fernandes turut membuat permohonan maaf berkaitan isu tersebut, selain memohon maaf kepada peminat atas imej kurang baik QPR dalam Liga Perdana musim ini.

Bagaimanapun, Fernandes dilihat menonjolkan sisi lucunya apabila memuat naik gambarnya tanpa baju di laman Instagram sebelum perlawanan QPR menentang Aston Villa.

QPR menang 2-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan tersebut. - SinarHarian

Kat bawah ni pulak adalah gambar Adel Taarabt yang dimaksudkan.
Adel Taarabt balas balik kenyataan Redknapp (via worldsoccertalk.com)

Tuesday, October 28, 2014

Luahan Tony Fernandes kenapa dia akan tinggalkan kelab QPR

PENGERUSI Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes mengakui akan mengundurkan diri daripada kelab berkenaan sekiranya peminat inginkannya meninggalkan kelab.

Fernandes yang menjual pasukan Caterham Formula 1 Julai lalu, turut menulis mengenai pengundurannya daripada kelab di laman Twitternya.

“Ketua yang baik seharusnya tahu apabila tiba masa untuk berundur. Sampai masanya saya tinggalkan Caterham F1. Begitu juga QPR dan AirAsia, peminat dan staf yang akan menentukannya,” katanya.

Selain itu, dia juga memohon maaf kepada peminat berkenaan isu yang melanda pengurus pasukan, Harry Redknapp dan penyerang, Adel Taarabt baru-baru ini.

Pengurus pasukan tersebut mengkritik Taarabt secara terbuka dengan menyifatkan pemain tersebut sebagai pemalas ketika menjawab persoalan tidak menurunkan penyerang tersebut dalam perlawanan menentang Liverpool di Lofftus Road.

QPR kini berada di tangga terakhir liga selepas hanya memperoleh 1 kemenangan daripada lapan perlawanan, termasuk kekalahan 3-2 ketika menentang Liverpool.

Malam ini, QPR sekali lagi menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang Aston Villa. - SinarHarian

Cerita Blogger