Friday, January 31, 2014

Troussier tak jadi bimbing skuad Harimau Malaya

Troussier tak jadi bimbing Harimau Malaya

Hai hai..bye bye..rundingan dengan antara FAM dengan bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier, akhirnya menemui jalan buntu. Maka terpaksalah FAM cari jurulatih baru..
Kuala Lumpur: Semuanya tidak seperti diharapkan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa melupakan hasrat mendapatkan khidmat jurulatih bertaraf dunia Philippe Troussier (gambar) bagi membimbing Harimau Malaya.
Rundingan antara Troussier, 58, dengan tiga pegawai kanan FAM di ibu negara semalam dikatakan tidak mencapai persetujuan bersama sekali gus menyaksikan pertemuan kali ketiga antara kedua-dua pihak itu tidak membuahkan hasil.
Menurut sumber wartawan dari Perancis, soal tuntutan gaji lumayan bukan menjadi masalah buat FAM namun beberapa permintaan bekas jurulatih Jepun itu tidak dapat dipenuhi kerana dianggap keterlaluan.
“Ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui FAM sehingga menyebabkan rundingan mengenai kontrak bersama tadi (semalam) Troussier gagal.
“Troussier tidak mahu FAM meletakkan KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) sebaliknya beliau mahu menentukannya sendiri. - myMetro

Siapa lagi calon yang FAM nak pancing lepas ni ya...kalau duit bukan masalah, cuba buat tawaran kepada Diego Maradona untuk jadi jurulatih Harimau Malaya..dengan kelab kat UAE dia nak, tak kan negara Malaysia tak boleh..hoho

Wednesday, January 29, 2014

Lagu paling best dari peminat Chelsea untuk Juan Mata selepas dia ke United

Mata kini milik United
Kalau korang ni peminat United atau Chelsea, korang kena dengar lagu khas paling best untuk Juan Mata ini. Lagu yang diolah oleh peminat Chelsea ini menggunakan lagu Boyzone yang bertajuk 'No Matter What' cuma liriknya saja yang diubah.


Peminat yang sedih dengan penjualan Juan Mata ke United melepaskan rasa rindu mereka serta juga melepaskan kekecewaan selepas Chelsea gagal membawa Rooney sebagai pertukaran kepada penjualan Juan Mata.

Cerita Blogger