Monday, June 30, 2014

Kenapa para pemain Greece menolak bonus World Cup mereka?

Greece merupakan salah satu pasukan yang mempamerkan permainan menarik di sepanjang kempen Piala Dunia Brazil. Walaupun tewas kepada Costa Rica di peringkat 16 pasukan terakhir pagi tadi, namun Greece telah membuktikan satu pencapaian yang bermakna.
Pasukan Greece
Pencapaian sebaik itu sudah pastinya membuatkan sesuatu negara itu berbangga dengan pencapaian pasukan negara mereka. Seperti pasukan Ghana yang menerima habuan bernilai hampir 10juta dari Persatuan Bola Sepak Ghana, Greece juga sebenarnya sudah dijanjikan dengan habuan wang ringgit dari kerajaan Greece.

Namun respon dari para pemain Greece terhadap bonus itu cukup luar biasa. Greece menolaknya. Kenapa? Ini respon para pemain Greece, 

‘We do not want extra bonus, or money. We only play for Greece and its people.'

Mereka malah meminta Perdana Menteri Greece, Antonis Samaras, untuk menggunakan wang tersebut bagi mencari satu tapak untuk membina pusat sukan untuk kegunaan pasukan kebangsaan Greece di masa hadapan.

‘All we want is for you to support our effort to find a land and create a sports center that will house our National team.’

Hebat Greece ini...walaupun negara dilanda krisis ekonomi melampau sampai liga tempatan mereka pun terjejas teruk..tapi semangat pemain dalam pasukan bola sepak negara mereka tetap teguh..

P/s: Ghana dan Camoroon dapat bonus walaupun tersingkir di peringkat kumpulan...Greece tolak bonus walaupun masuk pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir..


1 comments:

  1. dasyat...bila player ada nilai kemanusiaan yg jitu ;-)

    ReplyDelete

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger