Sunday, November 10, 2013

Isu Tunjuk Kalimah Allah di baju: Mat Yo mungkin berdepan masalah digantung seumur hidup?

Satu persatu dugaan menimpa penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali dengan panggilan Mat Yo. Terbaru membabitkan isu kalimah Allah yang tertulis pada bajunya dan dipaparkannya selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober 2013 lepas.
Sumber: Ammboi

Sehingga kini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menunggu surat maklum balas daripada AFC dan Norshahrul juga telah membuat penjelasan mengenai insiden berkenaan. FAM juga sudah menghantar surat penjelasan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk memberikan penjelasan mengenai perkataan Allah yang tertera pada kemeja-t Mat Yo itu.


Menerusi laporan akhbar sebelum ini, AFC telah menuntut penjelasan daripada FAM mengenai isu penggunaan perkataan Allah pada kemeja-t yang dipakai Mat Yo. Berdasarkan peraturan empat, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (kelengkapan pemain), mana-mana pemain tidak dibenarkan menayangkan apa-apa mesej sensitif berkaitan politik, agama mahupun komersial ketika berlangsungnya sesebuah perlawanan bola sepak.  (Sumber: Ammboi)

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger