Vincent Tan dan Ole Gunnar Solskjaer ketika melihat Cardiff tewas di tangan Arsenal semalam |
Nama Ole Gunnar Solskjaer memang tidak asing lagi kepada para peminat sukan bola sepak. Lagenda Manchester United yang menjaringkan gol kemenangan ketika MU memenangi kejuaraan treble pada tahun 1999 menentang Bayern Munich di final Piala Juara-juara Eropah ini kini sah sebagai pengurus baru pasukan Cardiff City, menggantikan Malky Mackay yang dipecat oleh Vincent Tan.
Solskjaer bersara pada tahun 2007 dan kemudiannya menjadi ketua jurulatih bagi pasukan simpanan Manchester United selama dua setengah tahun. Dia kemudiannya berpindah ke Molde dan berjaya membimbing pasukan tersebut untuk menjuarai gelaran liga Norway buat kali pertama dalam tempoh satu abad pada tahun 2011.
Manurut laporan Metro UK, Vincent Tan dipercayai telah memperuntukkan sejumlah besar wang perbelanjaan untuk membeli pemain baru ketika pintu perpindahan pemain dibuka awal bulan ini. Pastinya Solskjaer bakal menggunakan kelebihan tersebut untuk membawa masuk pemain berkualiti ke Cardiff City yang kini menghuni tangga ke 17 liga Perdana Inggeris.
Mampukah Solskjaer mengubah nasib Cardiff City lepas ni? Kita tunggu dan lihat jer..oo ya, jangan lupa yang si Vincent Tan hanya mahukan pemain baru yang mempunyai nombor 8 pada tarikh lahir mereka...nombor bertuah katanya..
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...