Showing posts with label Piala Sumbangsih. Show all posts
Showing posts with label Piala Sumbangsih. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

Baner anjing di perlawanan Piala Sumbangsih JDT vs Pahang

Mungkin inilah dia provokasi tahap gaban yang ditunjukkan oleh para penyokong JDT terhadap pasukan Pahang dalam perlawanan piala Sumbangsih hari Sabtu lalu..mereka saja nak psiko pasukan lawan...biasalah, itu adalah teknik pemain ke dua belas pasukan...

Baner anjing di perlawanan Piala Sumbangsih JDT vs Pahang. Baner ini memang menimbulkan kemarahan banyak pihak...yang paling marah pastinya penyokong Pahang.
Baner anjing JDTvsPahang, Piala Sumbangsih 2015 (Sumber: Google jer)
Kalau korang pernah masuk latihan kawad or latihan menembak or latihan survival dalam pasukan tentera..lagi masak lah korang kena saiko...siap kena panggil 'babi' lagi..hohoho..ini menurut pengalaman member yang masuk Palapes masa kat kolej dulu-dulu..

Ini setakat baner anjing jer pun..Luis Figo dulu pernah kena baling kepala babi tau.

Apapun, tahniah kepada JDT sebab menang Piala Sumbangsih 2015 dengan menewaskan Pahang 2-0 di gelanggang sendiri. Kepada Pahang...relaks la bro..baru first game Liga Super tu. 

Anyway, majulah sukan untuk negara, Peace!!

Friday, January 17, 2014

Keputusan Piala Sumbangsih 2014, Pahang vs Lions XII

Hari ini pada jam8.45 malam di Stadium Shah Alam akan berlangsung perlawanan Piala Sumbangsih antara Pahang vs Lions XII. Berikut adalah keputusan semasa perlawanan Piala Sumbangsih 2014;

 


Pahang 1 - 0 Lions XII
(Full Time)

Pahang menang Piala Sumbangsih 2014. Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain import sensasi mereka, Matias Conti pada separuh masa kedua.

Kecoh bila tersalah letak tarikh pada tiket Piala Sumbangsih

Apa ni...salah cetak pulak dah..nasib baik masih sah..mungkin akan ada yang cakap ini sebagai kesilapan kecil saja tapi ianya tetap akan membuatkan ramai pembeli 'konpius'.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meminta peminat tidak gusar jika mendapat tiket salah cetakan tahun bagi perlawanan Piala Sumbangsih 2014 di Stadium Darul Makmur, malam ini. Setiausaha Agungnya, Fuzzeimi Ibrahim memberitahu, pihaknya mengesan kesilapan cetakan pada kira-kira 6,000 keping tiket yang tertera 2013 bukan 2014. Menurutnya, kesilapan itu diakui Bahagian Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan badan induk itu menghantar beberapa pegawai semalam untuk menyelesaikannya. 
“Saya minta peminat yang memiliki tiket-tiket ini tidak bimbang kerana kita sudah maklumkan kesilapan pada penjaga tiket. 
“FAM sudah mengakui kesilapan teknikal itu dan tiket ini sah untuk perlawanan malam esok (ini), ”katanya di sini, semalam. 
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah memperkenankan penjualan tiket pas bermusim untuk peminat Pahang. Menurutnya, pas boleh diperoleh pada harga RM1,000 untuk tempat duduk utama berbumbung membabitkan perlawanan anjuran PBNP untuk musim 2014. 
“Mereka yang berminat boleh ke pejabat persatuan dengan membawa dua keping gambar berukuran pasport, kad pengenalan serta wang," katanya. - SH

Yang dah beli tiket tu, tak kira yang tersalah tarikh ker atau yang terbetul tarikh, jangan lupa untuk jaga tatasusila semasa berada di stadim malam ini yer...agak-agak, siapa juara Piala Sumbangsih?? saya pilih Singa...hehe 

Thursday, January 16, 2014

Bakal Meriah!! Penyokong serbu kaunter tiket Piala Sumbangsih

Wah!! nampaknya bahang Liga Super makin terasa. Para penyokong seperti tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan dalam liga tempatan tahun ini. 

Hari ini kaunter tiket perlawanan Piala Sumbangsih telah mula dibuka di Stadium Darul Makmur. Melalui tinjauan yang dilakukan oleh Bernama, didapati kawasan kaunter penuh sesak dengan peminat-peminat tegar bola sepak khasnya peminat Pahang dan Lions XII. Perlawanan tersebut akan berlangsung malam esok. Kredit gambar dari FB Bernama.

Cik abang kaunter terpaksa meredakan para penyokong..mintak mintak bersabar ya..

Ada pula makluk ni terpaksa jadi spiderman untuk keluar dari kesesakan

Bukan sorang jer jadi spiderman rupanya...

Cerita Blogger