Sunday, October 25, 2015

Chelsea tewas lagi..cuba teka apa yang dah berlaku dengan Mourinho semalam?

Bagi yang tengok perlawanan EPL antara West Ham dan Chelsea semalam, memang dah tau malang apa yang menimpa Chelsea..dah lah tewas dan bermain dengan sepuluh pemain jer, tambah duka lagi bila si pengurusnya, Jose Mourinho diarah berada di tempat duduk penonton. Tapi ini bukan kali pertama dia kena buang padang..hohoho
Jose Mourinho
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho enggan ditemuramah pihak media selepas diarah berada di tempat duduk penonton serta aksi tewas 2-1 kepada West Ham di Upton Park dalam aksi Liga Perdana, Sabtu malam. 
Mourinho Diarah 'Keluar' Padang, Tewas 2-1 Kepada West Ham 
Mimpi ngeri kekalahan The Blues berterusan apabila tewas kali kelima dalam sepuluh perlawanan sekaligus memberi tekanan kepada Mourinho yang turut menyalahkan media dalam aksi tewas ini. 
Chelsea tewas selepas bermain dengan sepuluh pemain apabila Namenja Matic dilayangkan kad kuning kedua sekaligus diarah keluar padang apabila melakukan kesalahan terhadap pemain tuan rumah, Mauro Zarate dan menolak Diafra Sakho pada minit ke-44. 
Tindakan pengadil Jonathan Moss mengeluarkan kad merah kepada pemain tengah itu membuat Mourinho berang dan berada di ‘touchline’  sekaligus dia diarah meninggalkan padang bersama jurulatih skuad utama, Silvino Louro yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu. 
Awal bulan ini, Mourinho turut didenda 50,000 pound (RM325,656) dan digantung satu perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana mengkritik pengadil Robert Madeley ketika aksi tewas 3-0 kepada Southampton, 3 Oktober lalu. 
Dalam perlawanan itu, Zarate memberi jaringan awal kepada West Ham pada minit ke-17 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan. Namun Gary Cahill berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua, minit ke-55. 
Berjauhan dengan pengurus tidak menghalang pemain-pemain Chelsea mempamerkan aksi lebih baik, namun situasi kemuncak dalam mencari gol kemenangan tersekat apabila pemain gantian, Andy Carroll menyumbat gol kemenangan buat West Ham, minit ke-79.
Kekalahan tersebut menyaksikan kekebalan skuad bimbingan Slaven Bilic di laman sendiri apabila sebelum ini turut menewaskan pasukan Arsenal, Liverpool dan Manchester City.-mstar

Masih adakah peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan EPL musim ni? memang nampak sukar dah...by the way, tahniah kepada Arsenal yang menduduki tangga teratas liga EPL..untuk sementara waktu..hehehe..

Malam ni jangan lupa tengok derby yang paling dinanti-nantikan...Manchester United vs Manchester City..siapa yang bakal menang? Gua rasa keputusan malam ini akan seri 1-1..

P/S: Mungkin Chelsea kena bawak ahli silap mata ini ke Stamford Brigde untuk merawat nasib malang mereka..tengoklah magic yang dia buat, memang awesome

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger