Tuesday, January 12, 2016

Tinggalkan Sabah, Rozaimi Abdul Rahman sertai JDT

Selepas pulih dari kecederaan serius akibat kemalangan ngeri tahun lalu, Rozaimi kini kembali dan bakal menyinari arena bola sepak negara dengan mengikat kontrak baru tiga tahun bersama skuad JDT. Rozaimi sebelum ini merupakan penggempur utama kepada pasukan negeri kelahirannya, Sabah, malah pernah menyinar di peringkat asia ketika menyertai pasukan bawah 23 tahun negara.
JDT hari ini mengongsikan berita baik tersebut melalui laman facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers.
ROZAIMI ABDUL RAHMAN IKAT KONTRAK TIGA TAHUN BERSAMA KELAB BOLASEPAK JDT
Rozaimi Abdul Rahman telah disambar oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dengan kontrak selama tiga tahun. Beliau akan menjalani ujian di bawah kendalian Mario Gomez dan kemudiannya akan diserapkan sama ada di JDT atau JDT II. Selamat datang ke Johor Darul Ta'zim. Luaskan Kuasamu Johor.
Diharapkan agar Rozaimi kembali kepada prestasi terbaiknya dalam masa terdekat. Saya yakin, dengan segala kemudahan serba canggih yang disediakan oleh pasukan JDT, Rozaimi akan pulih sepenuhnya malah mungkin akan menjadi pemain lebih bagus dalam masa yang terdekat ini. 

Inilah peluang terbaik untuk Rozaimi membuktikan bahawa dia masih berbisa di atas padang. Mulakan satu episod baru dalam hidup dan berusaha mengecapi sesuatu yang indah dan bermakna demi untuk melapisi detik hitam yang dilalui suatu ketika lalu. All the best to u Rozaimi!

Lagi Info Menarik:


0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger