Friday, January 24, 2014

United shoping sakan beli Juan Mata dari Chelsea

Juan Mata

Dear Mata, welcome to Old Trafford..and be prepare to be fight! Manchester United dah mengesahkan pembelian Juan Mata dari Chelsea dengan bayaraan £37 juta (RM204 juta). Wah..shoping sakan nampaknya si Moyes ni yer..

London: Bidaan sebanyak £37 juta (RM204 juta) Manchester United terhadap perancang tengah, Juan Mata diterima kelab pencabar Liga Perdana, Chelsea, menurut akhbar Britain semalam. 
Laporan dalam akhbar Daily Telegraph menyebut Mata sudah bersetuju dengan terma peribadi bersama juara Inggeris itu dan menjalani pemeriksaan perubatan lewat malam tadi. Pemain antarabangsa Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan dari Stamford Bridge selepas bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di bawah pengurus, Jose Mourinho. 
Bintang berusia 25 tahun itu mengalami saat sukar musim ini dengan Mourinho lebih suka menurunkan pemain antarabangsa Brazil, Oscar dan Willian di samping pemain Belgium, Eden Hazard. 
 
Pengurus United, David Moyes berusaha untuk memantapkan kreativiti skuadnya selepas permulaan buruk musim ini menyebabkan mereka sekadar menghuni tangga ketujuh Liga Perdana selain ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Arsenal. Bayaran itu akan memecahkan rekod perpindahan United terhadap penyerang Dimitar Berbatov, yang menyertai kelab itu pada 2008 dari Tottenham Hotspur dengan harga £30.75 juta (RM170 juta). 
Mourinho sering kali menyatakan Mata masih mempunyai peranan di Chelsea namun keazamannya mengekalkan pemain itu kini diuji. - Reuters

Mampukah kehadiran Juan Mata ini mengubah nasib Manchester United yang baru sahaja terluka dengan kekalahan di peringkat separuh akhir Piala Liga kepada Sunderland melalui penentuan sepakan penalti di Old Traffod kelmarin. Memang dah tak banyak peluang lagi untuk United memenangi sebarang kejuaraan musim ini.

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger