Sunday, April 10, 2016

Bas pasukan P.Pinang dibaling batu, jurulatih penjaga gol tercedera

Ini memang perangai samseng..tak pasti sama ada perbuatan ini didalangi penyokong tuan rumah atau memang hasil kerja budak-budak kurang ajar tak tau malu..kecil-kecil tak nak mampos, bila besar menyusahkan orang..huh!!
Cemin bas pecah dibaling batu
ALOR SETAR: Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep cedera selepas bas yang membawa skuad negeri itu dibaling batu tidak lama selepas meninggalkan Stadium Darul Aman di sini malam Sabtu.
Jurulatih penjaga gol P.Pinang
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar, jurulatih itu cedera di lengan akibat terkena serpihan kaca selepas bas berkenaan dilempar dengan sembilan batu.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam di Lebuhraya Darul Aman apabila empat batu yang dilempar terkena cermin bahagian hadapan bas manakala lima lagi terkena badan bas," katanya ketika dihubungi.

Insiden berlaku sejurus bas skuad negeri itu meninggalkan stadium selepas perlawanan Liga Super menentang tuan rumah, Kedah yang berkesudahan seri 2-2.

Ia dikatakan berlaku ketika bas menghampiri Taman Tunku Habsah, kira-kira satu kilometer dari stadium itu.

Katanya laporan polis berkenaan insiden tersebut telah dibuat dan pihaknya kini sedang mengenal pasti kumpulan individu yang melakukan perbuatan itu. - mstar

Lagi info menarik:
> Kalau korang jadi watak filem fantasi, apakah kesudahan hidup anda dalam filem tu? 
> Ada idea..duit tak jadi masalah untuk menjadikannya realiti..how?
> Kenapa artis tempatan susah nak masuk market antarabangsa? Sebab tak tau cakap English ker?
> Mengalir air mata kesyaduan tengok video ini..hebat betul idea mereka

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger