Saturday, April 30, 2016

Manchester United tak kisah tewas kepada Leicester

Manchester United tak kisah jika tewas kepada Leicester City Ahad ini. Ini kerana Leicester sememangnya harus diberikan peluang untuk memenangi gelaran liga perdana inggeris untuk yang pertama kalinya dalam sejarah kelab itu. Pemain United, Juan Mata juga memuji Leicester dan berharap kelab itu mengakhiri musim ini dengan satu pencapaian luar jangka. Walaupun pengurus United bertekad untuk menghalang Leicester dari menjadi juara di Old Trafford namun bagi kebanyakkan peminat, macam admin sendiri, dah tak kisah pun kalau Leicester menang. Lagi pun United dah masuk final piala FA. Hanya perlu menang dan confirm lah dapat masuk Europe musim depan.

Leicester City bagaikan sedang berada dalam satu kisah dongeng yang bakal menjadi realiti. Siapa sangka, kelab yang menjadi calon untuk tersingkir ke Liga Championship ini kini menjadi pendahulu liga Perdana Inggeris, iaitu liga paling popular di dunia.

Segalanya bakal terjawab dalam perlawanan Ahad ini sekiranya Leicester mampu menewaskan United yang juga kini sedang berhempas pulas untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas liga.

Namun jika Leicester tewas kepada United, mereka masih ada baki dua perlawanan dan perlu memenangi salah satunya untuk memastikan kisah fairytale mereka berakhir dengan kegembiraan.

Baca lagi: 10 Gol yang tidak disangka akan dijaringkan..wow! No.8 yang paling hebat

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger