Showing posts with label Fadhlulah Yunsifar. Show all posts
Showing posts with label Fadhlulah Yunsifar. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

Rayuan pemain KLFA Ditolak: Hukuman gantung seumur hidup kerana rasuah adalah muktamad

Nampak gayanya, para pemain bola sepak yang terlibat ini terpaksa cari kerja lain selain bermain bola...


Kelana Jaya: Pemain Kuala Lumpur musim lalu, Fadhullah Yunfisar dan empat rakannya terpaksa melupakan hasrat untuk melihat hukuman gantung seumur hidup dan denda RM20,000 yang dikenakan terhadap mereka pada 20 Disember lalu kerana dakwaan rasuah dan mengatur perlawanan dibicarakan semula.

Ini berikutan hukuman itu tidak boleh dirayu kerana ia membabitkan gantung seumur hidup. 

Sehubungan itu, Fadhullah, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie, Jeremy Danker dan Hafizi Roslee yang tidak berpuas hati dengan hukuman itu seharusnya mengemukakan aduan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi membolehkan Jawatankuasa Timbang Tara badan induk itu menjalankan siasatan. 

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, hukuman penggantungan seumur hidup itu sememangnya tidak boleh dirayu dan sebelum menjatuhkan hukuman pihaknya berpuas hati dengan proses penyerahan surat pertuduhan kepada pemain yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).


“Kita ikut prosedur. Apabila kita mengikut prosedur yang sudah termaktub, ia bermakna setiap individu yang terbabit perlu mematuhi prosedur berkenaan.

“Jadi sekiranya timbul persoalan untuk membuat rayuan, kita perlu lihat klausa sama ada hukuman yang dikenakan itu boleh dirayu atau tidak. Ingin saya jelaskan di sini, hukuman gantung seumur hidup kerana kesalahan rasuah tidak boleh dirayu. Ia muktamad,” katanya malam tadi. - BH

Wednesday, January 1, 2014

Isu Rasuah KLFA, pemain dakwa dirinya dianiaya

Rasuah! Itulah penyakit kronik yang bukan sahaja melanda politik Malaysia. 'Penyakit berjangkit' ini memang sangat sukar dibendung bila ianya turut melanda sukan bola sepak negara. Sejarah sudah membuktikan bagaimana rasuah merosakkan prestasi sukan bola sepak kita. Lebih kritikal dari penyakit 'AIDS'..fuh!!

Fadhlulah Yunsifar
Kuala Lumpur: "Saya tidak akan berdiam diri!” Itu reaksi pemain pertahanan Kuala Lumpur, Fadhlullah Yunsifar, salah seorang pemain yang dikenakan hukuman gantung seumur hidup dan didenda RM20,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dakwaan menerima rasuah dan mengatur perlawanan. 

Fadhlullah dan beberapa pemain lain kini dalam proses perbincangan dengan peguam masing-masing untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kerana menyebabkan mereka dihukum atas sebab teknikal, bukan dibuktikan bersalah. 
Saya langsung tidak dimaklumkan nama terbabit dengan tuduhan ini, sedar-sedar saya sudah digantung seumur hidup. Takkan saya nak menerima keputusan ini sedangkan saya tidak diberikan peluang membela diri,” Fadhlulah, pertahanan Kuala Lumpur

Pemain Kuala Lumpur berusia 26 tahun iu mendakwa langsung tidak mengetahui dirinya didakwa sehinggalah melihat laporan BH Sukan pada 21 Disember lalu.

“Saya langsung tidak dimaklumkan nama terbabit dengan tuduhan ini, sedar-sedar saya sudah digantung seumur hidup.

“Takkan saya nak menerima keputusan ini sedangkan saya tidak diberikan peluang membela diri,” kata Fadhlulah yang kini terpaksa menanggung akibat tidak dapat lagi meneruskan kerjaya sebagai pemain atau membabitkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak anjuran FAM. - Bharian

Cerita Blogger