Monday, November 3, 2014

Van Gaal Gelar Smalling Bodoh

LOUIS VAN GAAL menggelar Chris Smalling sebagai bodoh apabila dilayangkan kad merah sekaligus menyebabkan Manchester United tewas 1-0 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Ahad.

Kekalahan yang membawa United menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul 13 mata merupakan permulaan terburuk pasukan itu dalam tempoh 28 tahun.

Smalling digelar bodoh apabila menerima kad kuning pertama selepas tujuh minit permainan bermula sebelum dilayangkan kad merah tanpa sempat babak pertama tamat.

Kad kuning pertama diberikan kerana Smalling menghalang penjaga gol City, Joe Hart manakala kad kuning kedua berserta kad merah dilayangkan pada minit ke-39 apabila dia menjatuhkan James Milner.

Van Gaal mendedahkan, Smalling telah memohon maaf kepada rakan sepasukan tetapi pertahanan itu sepatutnya tahu adalah lebih baik dia tidak dilayangkan kad kuning kerana tindakan bodoh tersebut.

"Ia (kad merah) telah memberi kesan kepada pasukan lawan, juga kepada kami.

"Walaupun bermain dengan 10 pemain, tetapi mereka telah bermain dengan lebih baik berbanding babak pertama. Itulah semangat berpasukan.

"Dibuang padang bukan perkara pokok. Sebagai pemain kamu perlu mengawal sikap agresif dalam perlawanan seperti ini," jelasnya.

Van Gaal memberitahu, sebagai pemain, Smalling sepatutnya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima kad kuning pertama.

"Bagi kad kuning pertama saya tidak peduli, tetapi kad kuning kedua itu bodoh," ujarnya. - mstar

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger