Wednesday, November 12, 2014

Bekas pemain Liverpool, Hadji Diouf sertai Sabah

BEKAS bintang The Reds, El Hadji Diouf sah menyertai pasukan Sabah bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Difahamkan, dia baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam dan disambut Pengarah Teknikal Sabah, George O’ Callaghan.

Bekas pemain kebangsaan Senegal kemudian dibawa meninjau sesi latihan skuad Sabah Rhino itu di Likas dan dijangka menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam masa terdekat.

Selain Diouf, Sabah juga mengintai pemain pertahanan dari Brazil, Ricarte Dos Santos dan cuba merekrut bekas penyerang kelab Brunei DPMM FC, Roy Simon Donovan. -Sinarharian

1 comments:

  1. ini satu berita yang sangat baik. liga kita telah berjaya menarik ramai pemain import yang bagus dan berkualiti

    ReplyDelete

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger