Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

JDT diikat Singa manakala Kelantan pula tewas di tempat sendiri

Berikut adalah rangkuman berita sukan bola sepak tempatan dan antarabangsa yang menarik untuk korang baca..especially yang kaki bola dan kaki bangku..

LionsXII ikat Johor DT
Pengalaman melatih lebih separuh pemain Johor Darul Takzim (DT) musim lalu membolehkan jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad, merangka strategi terbaik untuk membawa pulang satu mata dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam. Walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, pemain Lions XII dilihat lebih garang untuk memenangi perlawanan berbanding pemain Johor DT yang dibarisi pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan Argentina...Baca selanjutnya


Kelantan gagal terus rentak kemenangan
Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 1-2 di gelanggang sendiri kepada PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. Bermula babak pertama Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk memecah kebuntuan menerusi penyerang, Ahmad Fakri Saarani berjaya menanduk masuk hantaran lintang kapten Mohd Badri Radzi...Baca selanjutnya


Penyokong Sabah diharap bersabar
Penyokong Sabahawks diminta memberi sokongan terhadap pasukan dan perlu bersabar dengan aksi hambar pasukan dalam saingan Liga Perdana musim ini yang mengalami kekalahan kedua kepada FELDA United di Stadium Likas, malam kelmarin. Pengurus pasukan Abd Rahman Zakaria berkata, prestasi ditunjukkan pemain menampakkan episod sama seperti perlawanan pertama menentang Pulau Pinang...Baca selanjutnya


Aguero laung amaran
Sergio Aguero memberi amaran kepada seteru utama Manchester City dia akan melakukan segala-galanya untuk memastikan kelabnya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. Aguero menjaringkan hatrik pada perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Watford sekali gus menyaksikan dia kini sudah menjaringkan 25 gol dalam 24 perlawanan...Baca selanjutnya


Arsenal yakin Wenger lanjut kontrak
 Ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berharap pengurus Arsene Wenger dapat menandatangani kontrak baru selepas kontrak pengendali dari Perancis itu berakhir hujung musim ini. Pengendali berusia 64 tahun itu ketika ini adalah pengurus paling lama berkhidmat dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas membimbing kelab utara London itu sejak 1996...Baca selanjutnya


Lagi info menarik:

Monday, January 27, 2014

Berita dan gosip terkini sukan bola sepak negara dan antarabangsa

Penyokong lega Sabah main malam
Perubahan waktu perlawanan pasukan Sabah dari petang ke malam di Stadium Likas musim ini memberi sedikit kelegaan kepada peminat setia Sabahawks untuk terus memberi sokongan padu. Rata-rata penyokong ditemui merakamkan rasa gembira kerana dapat meluangkan masa hadir selepas waktu bekerja. Pada musim lalu, Sabah mengharungi perlawanan di tempat sendiri pada jam 4.15 petang dan menyukarkan penyokong hadir ke stadium... Baca selanjutnya


Slovakia pertahan Piala Frenz B-16
Slovakia mempertahankan kejuaraan Piala Antarabangsa Frenz bawah-16 apabila menewaskan Iran 2-0 selepas diheret lawan sehingga ke masa tambahan di Stadium Frenz Janda Baik, semalam. Gol anak buah Ladisav Pecko itu dijaringkan kapten pasukan, Martin Macho pada minit ke-104 sebelum Filip Modorosi mengukuhkan kedudukan selang seminit selepas itu. ..Baca Selanjutnya

Matthaeus yakin Kroos tolak tawaran Red Devils
Bekas kapten Jerman, Lothar Matthaeus menjangkakan pemain tengah Bayern Munich, Toni Kroos akan menolak tawaran daripada gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Media di England melaporkan, United akan membuat tawaran kepada pemain berusia 24 tahun dari Jerman itu selepas kejayaan mendapatkan khidmat perancang Sepanyol, Juan Mata dari Chelsea... Baca selanjutnya

Juventus seri, Buffon kena buang padang
Penjaga gol, Gianluigi Buffon (gambar kecil) diperintahkan keluar padang ketika menyaksikan Juventus tercicir mata buat kali pertama sejak Oktober tahun lalu, selepas sekadar seri 1-1 dengan Lazio, awal pagi semalam. Skuad bimbingan Antoni Conte itu masih kekal di tangga teratas Serie A tetapi bakal menyaksikan kelebihan mereka ke atas penghuni kedua, AS Roma dirapatkan dengan jurang enam mata saja jika pasukan dengan jolokan Giallorossi itu menewaskan Verona dalam perlawanan awal pagi tadi... Baca selanjutnya 
Gianluigi Buffon

Pahang rehatkan Nwakaeme
Jurulatih Pahang Ronald Smith tidak berani mengambil risiko untuk menurunkan Dickson Nwakaeme bagi pertemuan dengan Selangor esok walaupun khidmat pemain import Nigeria itu amat penting bagi memantapkan jentera serangan yang dilihat hambar ketika tewas 1-0 di tangan Sime Darby FC pada aksi Liga Super kelmarin... Baca selanjutnya



Sukan sepak takraw makin merudum..berilah sokongan anda untuk menaikkan lagi prestasi sukan ini di negara kita..jom layari My Roar for Takraw sekarang!

Kalau anda nak pergi tengok World Cup di Brazil..dengan RM100 jer pun dah boleh pergi sana..lihat bagaimana caranya di laman web Maybank Malaysia

Cerita Blogger