Showing posts with label Sergio Aguero. Show all posts
Showing posts with label Sergio Aguero. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

Aguero dan Messi tunjukkan cara berlatih yang betul...

Kata orang, kalau nak jadi pemain bola sepak terbaik di dunia, orang itu kena belajar dari mereka yang terbaik...lihat bagaimana Aguero dan Messi tunjukkan cara berlatih yang betul..video ini diambil ketika skuad Argentina sedang menjalani sesi latihan mereka di Piala Dunia, Brazil. 


Berfikirlah di luar kotak...sampai bangku penonton pun boleh jadi tempat berlatih...no wonder lah Messi dan Aguero ni jadi antara striker terbaik di dunia.
Rakan seperjuangan Argentina..Sergio Aguero dan Lionel Messi 

P/s: Tak sia-sia gua tonton perlawanan Argentina vs Iran semalam. Walau pun Iran main macam tembok besar China..but there is Messi...saving Argentina again at last minute..


Wednesday, January 29, 2014

JDT diikat Singa manakala Kelantan pula tewas di tempat sendiri

Berikut adalah rangkuman berita sukan bola sepak tempatan dan antarabangsa yang menarik untuk korang baca..especially yang kaki bola dan kaki bangku..

LionsXII ikat Johor DT
Pengalaman melatih lebih separuh pemain Johor Darul Takzim (DT) musim lalu membolehkan jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad, merangka strategi terbaik untuk membawa pulang satu mata dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam. Walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, pemain Lions XII dilihat lebih garang untuk memenangi perlawanan berbanding pemain Johor DT yang dibarisi pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan Argentina...Baca selanjutnya


Kelantan gagal terus rentak kemenangan
Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 1-2 di gelanggang sendiri kepada PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. Bermula babak pertama Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk memecah kebuntuan menerusi penyerang, Ahmad Fakri Saarani berjaya menanduk masuk hantaran lintang kapten Mohd Badri Radzi...Baca selanjutnya


Penyokong Sabah diharap bersabar
Penyokong Sabahawks diminta memberi sokongan terhadap pasukan dan perlu bersabar dengan aksi hambar pasukan dalam saingan Liga Perdana musim ini yang mengalami kekalahan kedua kepada FELDA United di Stadium Likas, malam kelmarin. Pengurus pasukan Abd Rahman Zakaria berkata, prestasi ditunjukkan pemain menampakkan episod sama seperti perlawanan pertama menentang Pulau Pinang...Baca selanjutnya


Aguero laung amaran
Sergio Aguero memberi amaran kepada seteru utama Manchester City dia akan melakukan segala-galanya untuk memastikan kelabnya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. Aguero menjaringkan hatrik pada perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Watford sekali gus menyaksikan dia kini sudah menjaringkan 25 gol dalam 24 perlawanan...Baca selanjutnya


Arsenal yakin Wenger lanjut kontrak
 Ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berharap pengurus Arsene Wenger dapat menandatangani kontrak baru selepas kontrak pengendali dari Perancis itu berakhir hujung musim ini. Pengendali berusia 64 tahun itu ketika ini adalah pengurus paling lama berkhidmat dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas membimbing kelab utara London itu sejak 1996...Baca selanjutnya


Lagi info menarik:

Wednesday, January 2, 2013

Gambar-gambar Pemain Manchester City sedang bergembira dengan Hasselhoff

Siapa yang kenal David Hasselhoff? alaa..pelakon dan bodybuilder dari US tu..rupanya dia ni peminat Manchester City juga. Jom layan gambar-gambar dari twitter @DavidHasselhoff dan Sergio Aguiro @aguerosergiokun ni..
taken from @DavidHasselhoff tweet

pic taken from @aguerosergiokun tweet
Gambar-gambar tu diambil selepas perlawanan antara Manchester City dan Stoke di Stadium Etihad semalam (1 Januari 2013). City menang mudah 3-0.

Cerita Blogger