Wednesday, January 29, 2014

JDT diikat Singa manakala Kelantan pula tewas di tempat sendiri

Berikut adalah rangkuman berita sukan bola sepak tempatan dan antarabangsa yang menarik untuk korang baca..especially yang kaki bola dan kaki bangku..

LionsXII ikat Johor DT
Pengalaman melatih lebih separuh pemain Johor Darul Takzim (DT) musim lalu membolehkan jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad, merangka strategi terbaik untuk membawa pulang satu mata dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam. Walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, pemain Lions XII dilihat lebih garang untuk memenangi perlawanan berbanding pemain Johor DT yang dibarisi pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan Argentina...Baca selanjutnya


Kelantan gagal terus rentak kemenangan
Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 1-2 di gelanggang sendiri kepada PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. Bermula babak pertama Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk memecah kebuntuan menerusi penyerang, Ahmad Fakri Saarani berjaya menanduk masuk hantaran lintang kapten Mohd Badri Radzi...Baca selanjutnya


Penyokong Sabah diharap bersabar
Penyokong Sabahawks diminta memberi sokongan terhadap pasukan dan perlu bersabar dengan aksi hambar pasukan dalam saingan Liga Perdana musim ini yang mengalami kekalahan kedua kepada FELDA United di Stadium Likas, malam kelmarin. Pengurus pasukan Abd Rahman Zakaria berkata, prestasi ditunjukkan pemain menampakkan episod sama seperti perlawanan pertama menentang Pulau Pinang...Baca selanjutnya


Aguero laung amaran
Sergio Aguero memberi amaran kepada seteru utama Manchester City dia akan melakukan segala-galanya untuk memastikan kelabnya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. Aguero menjaringkan hatrik pada perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Watford sekali gus menyaksikan dia kini sudah menjaringkan 25 gol dalam 24 perlawanan...Baca selanjutnya


Arsenal yakin Wenger lanjut kontrak
 Ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berharap pengurus Arsene Wenger dapat menandatangani kontrak baru selepas kontrak pengendali dari Perancis itu berakhir hujung musim ini. Pengendali berusia 64 tahun itu ketika ini adalah pengurus paling lama berkhidmat dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas membimbing kelab utara London itu sejak 1996...Baca selanjutnya


Lagi info menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger