Showing posts with label Bradford City. Show all posts
Showing posts with label Bradford City. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Pengurus Bradford tak layan Mourinho yang hendak bersalaman

Mungkin si pengurus Bradford ni terlalu fokus dengan para pemainnya yang sangat menakjubkan selepas berjaya menewaskan Chelsea 2-4 di Stamford Bridge dalam saingan kalah mati Piala FA malam semalam.
Mourinho cuba bersalam dengan pengurus Bradford
Sampai Mourinho yang nak berjabat tangan dengannya pun tak terlayan..hoho..

Tak per Chelsea...tahun depan cuba lagi Piala FA....kan masih ada EPL dan Champions League..

Wednesday, January 23, 2013

Kejutan Bradford City mengalahkan gergasi, Aston Villa

Phil Parkinson meraikan kemenangan bersejarah Bradford City
Walaupun tewas 2-1 pada perlawanan kedua dalam saingan separuh akhir Piala Liga (Capital One Cup) semalam, Bradford City tetap melakar sejarah manis apabila berjaya ke peringkat akhir selepas menang dalam kiraan agregat 4-3 ke atas pasukan gergasi liga perdana, Aston Villa.

Pasukan yang berada di ranking ke-10 dalam liga bawahan ke-empat di England itu kini membuktikan mereka adalah 'giant-killer'.

Sebelum ini, Bradford City telah menewaskan pasukan liga perdana yang lain seperti Arsenal dan Wigan. Pengurus Bradford City, Phil Parkinson, memuji kehebatan anak-anak buahnya dengan pencapaian bersejarah tersebut.

Bayangkan saja, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, pemain Bradford yang paling mahal pun berharga 7,500 Euro sahaja berbanding Aston Villa yang dipenuhi pemain ternama. Sememangnya, kekalahan ini adalah yang memalukan bagi pasukan-pasukan seperti Aston Villa.

Bradford City akan bertemu sama ada Chelsea atau Swansea pada peringkat akhir nanti. Adakah Bradford City mampu melakar sejarah baru dalam arena sukan bola sepak England? Tunggu dan lihat sahaja nanti.

Cerita Blogger