Showing posts with label Piala FA. Show all posts
Showing posts with label Piala FA. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Pengurus Bradford tak layan Mourinho yang hendak bersalaman

Mungkin si pengurus Bradford ni terlalu fokus dengan para pemainnya yang sangat menakjubkan selepas berjaya menewaskan Chelsea 2-4 di Stamford Bridge dalam saingan kalah mati Piala FA malam semalam.
Mourinho cuba bersalam dengan pengurus Bradford
Sampai Mourinho yang nak berjabat tangan dengannya pun tak terlayan..hoho..

Tak per Chelsea...tahun depan cuba lagi Piala FA....kan masih ada EPL dan Champions League..

Sunday, January 25, 2015

Kejutan terhebat di abad ni, Chelsea dan Manchester City tumbang di tangan pasukan liga bawahan

So..korang ada tengok tak men bola semalam? Banyak kejutan berlaku dalam saingan Piala FA Inggeris..dua gergasi utama yang sekarang sedang mendahului takhta liga EPL, Chelsea dan Manchester City tumbang di laman sendiri..itu tak berapa shocking..yang paling mengejutkan ialah mereka tewas di tangan pasukan yang berada di liga kedua dan ketiga di England.

Keputusan Piala FA semalam, Chelsea tewas 2-4 kepada Bradford di stadium Stamford Bridge. Manchester City pula tewas 0-2 di tangan Middlesbrough di Ettihad..what!!

But that's not all...banyak pasukan atasan liga EPL lain yang kena 'giant killer'. Swansea pun tewas kepada Blackburn 3-1.

Liverpool dan Manchester United masih berpeluang untuk menebus malu pada perlawanan ulangan nanti selepas seri dengan lawan masing-masing. Pun dari liga bawahan juga...

Ni yang best kalau tengok bola Piala FA..kejutan demi kejutan banyak berlaku..macam akademi fantatsia pulak..hohoho.

Monday, June 9, 2014

Menang Piala FA, Pahang ke Piala AFC tahun depan

Shah Alam: Pemain tengah Pahang, Mohd Faizol Hussain yang dinobatkan pemain terbaik final Piala FA malam kelmarin tidak pernah meragui kemampuan rakan sepasukannya untuk bangkit walaupun ketinggalan pada sebahagian besar perlawanan.
Mohd Faizol Husain raikan jaringan pertama Pahang (Pic via Harian Metro)

“Apabila dimasukkan ketika pasukan ketinggalan, saya merasa sedikit tekanan. Namun keyakinan saya tetap menebal untuk kami mempamerkan kebangkitan kerana sudah banyak kali kami melakukannya terutamanya dalam aksi Liga Super.

Terdapat perlawanan di mana kami ketinggalan kepada lawan namun berjaya bangkit, itu yang mencetuskan keyakinan,” katanya yang meraih piala ketiga bersama Pahang selepas Piala Malaysia 2013 dan Sumbangsih pada awal tahun ini.

Pemain gantian itu hadir pada minit ke-70 menggantikan Azidan Sarudin dan dia tidak perlu menunggu lama untuk meledak jaringan penyamaan apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti gagal dijangkau penjaga gol FELDA United, Mohd Farizal Harun pada minit ke-79 untuk menceriakan kira-kira 50,000 penyokong Tok Gajah di Stadium Shah Alam.

“Ketika itu saya tidak mempunyai banyak pilihan dan masa semakin suntuk, jadi saya melepaskan rembatan dan syukur ia menerjah jaring.

Namun dalam sesi latihan saya selalu berlatih menjaringkan gol dari luar kotak penalti,” katanya yang turut meledak jaringan hampir sama ketika menumbangkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di separuh akhir.

Malah menerusi sepakan percuma yang dilakukannya pada minit ke-89, berjaya disambut seorang lagi pemain gantian, Zesh Rahman untuk disudahkan Dickson Nwakaeme bagi membolehkan Pahang menang 2-1 sekali gus menjuarai edisi ke-25 serta menempah slot ke Piala AFC tahun depan. - hmetro

P/s: Tahniah Pahang...tahniah FELDA United..cuba lagi tahun depan JDT!!

Lagi Info Menarik:

Monday, February 3, 2014

Apa punca perlawanan JDT vs T-Team ditangguhkan? Page haramkan TMJ & JDT pula diwujudkan

Apa sudah jadi? Itulah persoalan yang timbul terutamanya di kalangan peminat bola sepak tanah air selepas berlakunya insiden dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin. Tindakan T-Team yang tidak mahu masuk padang ketika perlawanan  memulakan perlawanan separuh masa kedua malah terus meninggalkan stadium pastinya menimbulkan banyak tanda tanya. 

Kenapa T-Team bertindak keluar stadium? Ada laporan yang menyatakan bahawa tindakan mereka ini adalah disebabkan oleh faktor keselamatan. Beberapa laporan menyatakan bahawa pengurus Johor Darul Ta'zim  telah menumbuk penyerang import T-Team, Evaldo Rodrigues. Manakala jurulatih kecergasan mereka pula, Stefano Impagiazzo dikasari pegawai keselamatan. Kebenaran laporan ini belum lagi disahkan dan masih dalam siasatan.


Insiden ini bukan saja menimbulkan banyak ketidakpuasan di kalangan peminat. Malah Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) sendiri telah menggelar perlawanan tersebut 'seperti bola sepak kampung' dan mahu siasatan lebih mendalam dilakukan FAM.

Ekoran dari kejadian ini juga, satu video yang kononnya menunjukkan Tengku Mahkota Johor menumbuk pemain T-Team telah tersebar luas di internet. 


Tak cukup dengan itu, di Facebook juga telah ditubuhkan page bertajuk 'Haramkan TMJ & JDT Dalam Bola Sepak Malaysia' yang kini mendapat lebih 7000 likes sejak ditubuhkan sehari lalu.


Perlawanan yang sedang dalam kedudukan 2-1 di Larkin itu kini masih dalam perbincangan sama ada perlawanan gantian untuk 45minit separuh masa kedua diadakan atau mengekalkan keputusan yang memihak JDT tersebut.


Monday, January 6, 2014

Manchester United kalah di tempat sendiri lagi #noFergieNoHope, tersingkir dari saingan Piala FA

Satu lagi berita buruk untuk peminat Manchester United tapi satu berita yang sangat puas kan hati haters kelab itu. Kat Twitter pun ramai yang tweet dengan hashtag #noFergieNoHope menandakan betapa rapuhnya gergasi Inggeris tersebut sejak diambil alih oleh David Moyes.



Semalam Manchester United tewas mengejut 1-2 di tangan Swansea sekaligus tersingkir dari saingan Piala FA. Dan yang lebih memeritkan lagi ialah United tewas di laman sendiri buat kali kelima musim ini.
Adakah perlantikan David Moyes satu kesilapan? Dah terang-terang dia tak pernah menang sebarang kejuaran tapi tetap disambar sebagai pengganti Alex Ferguson?..atau mungkin juga masih terlalu awal untuk kita nilai kemampuan sebenar Moyes. Tapi kalau dilihat dari segi prestasi semasa, memang United agak sukar untuk memenangi sebarang kejuaraan musim ini.


Monday, January 28, 2013

Liverpool Malu Besar - Tewas di tangan pasukan divison tiga England, Oldham

Liverpool ditewaskan Oldham
Nampaknya musim ini merupakan tahun 'Giant Killer' mengganas. Dalam saigan Piala FA semalam, Liverpool dimalukan dengan pasukan League One, Oldham, dengan keputusan 3-2 di Boundary Park.

Dan yang paling mengaibkan lagi ialah pasukan Oldham ini merupakan salah satu pasukan dalam tangga terbawah liga yang sedang bergelut dengan penyingkiran.

Hero Oldham, Matt Smith, menggunakan peluang yang ada di bahagian pertahanan lemah Liverpool pada masa awal dan akhir separuh masa pertama. Kemudian, Reece Wabara pula mencuri perhatian apabila menjaringkan gol ketiga Oldham tiga minit selepas masa kedua bermula.

Walaupun Liverpool menunjukkan peningkatan selepas memasukkan Steven Gerrard, namun dua jaringan mereka yang dijaringkan oleh Luis Suarez dan Joe Allen tidak mencukupi untuk mereka maju setapak lagi dalam saingan Piala FA ini.

Monday, January 7, 2013

Mampukan Sturridge ubah nasib Liverpool lepas ini?

Daniel Sturridge dirai ketika menjaringkan gol
Selepas kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Mansfield semalam (6 Januari 2013) dalam saingan Piala FA, pengurus Brendan Rodgers kini lebih lega kerana mempunyai lebih pilihan di bahagian serangan. Kehadiran Daniel Sturridge jelas memberi impak kepada Liverpool selepas menjaringkan gol seawal 7 minit di dalam padang.

Mampukan Sturridge mengubah nasib Liverpool yang kini semakin kemarau piala kejuaraan. Tak kan asyik nak berbangga dengan kejayaan-kejayaan lepas kot...huhu..Lagi pun Mansfield tu kan bukan pasukan dari Liga Perdana. Nanti sama-sama kita tengok keupayaan Liverpool dalam perlawanan liga menentang Manchester United pada 13 Januari 2013 (Ahad) ini.

Anyway, bola sepak selalunya adalah mengenai semangat berpasukan.

Sunday, January 6, 2013

Kartun Van Persie jadi superhero United

Katun ini memang sesuai dengan Van Persie yang menjadi penyelamat kepada Manchester United daripada disingkirkan awal dalam saingan Piala FA semalam (5 Januari 2013) menentang West Ham United. Keputusan seri 2-2.


Sumber: www.goal.com


Cerita Blogger