Showing posts with label La Liga. Show all posts
Showing posts with label La Liga. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Reaksi Moyes bila tewaskan Barcelona 1-0

Barcelona sekali lagi dikejutkan dengan kekalan. Kali ini tewas 1-0 kepada pasukan bawahan, Real Sociedad.

Namun yang lebih mendapat perhatian ialah pengurus baru Real Sociedad, David Moyes yang begitu mendapat pujian terutama di laman sosial. Ye lah...dah dipecat MU, tetiba buat kejutan kat Real Sociedad pula.

Banyak yang terkejut tau..Moyes sendiri pun terkejut..wakakaka...

Monday, May 19, 2014

Kesian tapi berbaloi, Atletico Madrid meraikan kemenangan La Liga TANPA piala

Penetuan gelaran Liga Sepanyol atau La Liga terpaksa diheret sehingga ke perlawanan terakhir penuh dramatik antara Barcelona dan Athletico Madrid pada Sabtu lalu yang mana menyaksikan kedua-dua pasukan seri. 
Godin menjaringkan gol penyamaan buat Atletico Madrid

Keputusan itu sudah cukup buat Atletico untuk memenangi gelaran liga buat pertama kalinya sejak tahun 1996. Namun mereka terpaksa meraikan kemenangan mereka itu tanpa piala.
Diego Simeone diraikan oleh para pemain

Ini kerana presiden bola sepak negara itu dikatakan sedang bercuti dan tidak dapat menghadiri majlis penyerahan rasmi piala kemenangan la liga kepada Atletico.

Bukan saja tiada piala tapi penyokong mereka turut menerima layanan diskriminasi untuk memasuki stadium Nou Camp. Daripada lebih 90,000 tempat duduk, hanya 447 sahaja peminat Atletico yang diberikan tiket masuk. Dah tu, kena bagi tempat duduk kat row paling atas pulak...can you spot?
Nampak tak kelompok kecil penyokong Atletico Madrid kat stadium Nou Camp?

But at the end, semuanya berbaloi buat pasukan bimbingan Diego Simeone ketika mereka dinobatkan sebagai juara La Liga. Selain La Liga, Atletico turut berpeluang untuk menambah satu lagi piala Liga Juara Eropah musim ini sekiranya berjaya menewaskan kelab gergasi yang juga merupakan jiran mereka, Real Madrid, di Lisbon nanti.

Lagi Info Menarik:

Monday, January 27, 2014

Keputusan perlawanan bola sepak antarabangsa: Ligue 1, La Liga, Serie A

Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak antarabangsa. Keputusan Ligue 1 Perancis, La Liga Sepanyol, Seria A Itali.

Keputusan Ligue 1 Perancis

Lyon (Gomis 19, Lacazette 43, 76) 3 - 0 Evian TG 
Bordeaux  (Traore 41, Henrique 51) 2 - 0 Saint-Etienne 
Monaco  (Germain 41, Riviere 57) 2 - 0 Marseille



Keputusan La Liga Sepanyol

Almeria (Zongo 49) 1 - 0 Getafe  
Osasuna (Armenteros 10) 1 - 5 Athletic Bilbao (Susaeta 3, Aduriz 16, 62, Ibai Gomez 84, Kike Sola 88) 
Rayo Vallecano (Viera 39, Larrivey 76) 2 - 4 Atletico Madrid (Villa 8, Turan 30, 44, Saul 74-gs) 
Barcelona  (Pique 40, Pedro 55, Sanchez 61) 3 - 0 Malaga 



Keputusan Serie A Itali 

Verona  (Hallfredsson 49) 1 - 3 AS Roma  (Ljajic 45+1, Gervinho 60, Totti 82) 
Cagliari (Sau 28) 1 - 2 AC Milan  (Balotelli 87, Pazzini 89) 
Inter Milan 0 - 0 Catania 
Livorno (Greco 4, Paulinho 11, Benassi 26) 3 - 1 Sassuolo (Berardi 28-pen) 
Parma (Amauri 35) 1 - 0 Udinese 
Sampdoria (Gabbiadini 61) 1 - 1 Bologna (Diamanti 90-pen) 
Torino (Cerci 60-pen) 1 - 0 Atalanta 
Fiorentina  (Aquilani 33-pen, 42, 57) 3 - 3 Genoa (Gilardino 27-pen, Antonini 34, De Maio 73)


Sukan sepak takraw makin merudum..berilah sokongan anda untuk menaikkan lagi prestasi sukan ini di negara kita..jom layari My Roar for Takraw sekarang!

Kalau anda nak pergi tengok World Cup di Brazil..dengan RM100 jer pun dah boleh pergi sana..lihat bagaimana caranya di laman web Maybank Malaysia


Carian: Keputusan La Liga | keputusan serie a itali | keputusan ligue 1 perancis

Sunday, January 13, 2013

Tanpa Ronaldo, Real Madrid sekadar mampu seri dengan Osasuna

Real Madrid sekadar seri dengan Osasuna
Real Madrid gagal mencipta kemenangan di gelanggang lawan selepas hanya mampu seri dengan Osasuna 0-0 semalam (12 Januari 2013) dalam saingan La Liga 2012/2013.

Tanpa kelibat pemain-pemain utama mereka seperti Cristiano Ronaldo, Ramos dan Adan yang digantung perlawanan serta Pepe yang mengalami kecederaan, rentak Real Madrid memang sedikit terganggu.

Kemenangan seakan milik mereka pada minit ke-78 selepas Callejon menjaringkan gol namun ia dibatalkan oleh pengadil selepas Callejon didapati berada dalam keadaan offside. Keputusan ini sekaligus meletakkan Real Madrid di tempat ketiga, 15 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

Cerita Blogger