Showing posts with label Real Sociedad. Show all posts
Showing posts with label Real Sociedad. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Reaksi Moyes bila tewaskan Barcelona 1-0

Barcelona sekali lagi dikejutkan dengan kekalan. Kali ini tewas 1-0 kepada pasukan bawahan, Real Sociedad.

Namun yang lebih mendapat perhatian ialah pengurus baru Real Sociedad, David Moyes yang begitu mendapat pujian terutama di laman sosial. Ye lah...dah dipecat MU, tetiba buat kejutan kat Real Sociedad pula.

Banyak yang terkejut tau..Moyes sendiri pun terkejut..wakakaka...

Thursday, November 7, 2013

Sengaja jatuhkan diri di petak penalti? Young tak sehebat Suarez

Salah satu taktik kotor untuk menang dalam sesebuah perlawanan bola sepak ialah dengan sengaja menjatuhkan diri di petak penalti kot kot boleh dihadiahkan sepakan penalti oleh si pengadil.


Inilah yang sering dilakukan oleh pemain Liverpool, Suarez, suatu ketika dulu dan memang dia diiktiraf sebagai penipu paling bijak. Tapi nampaknya helah ini juga mula diamalkan oleh pemain Manchester United, Ashley Young. Namun dia tidaklah sepandai Suarez. Malah kemungkinan besar, dia akan kena jual oleh si Moyes apabila sahaja jendela perpindahan pemain dibuka nanti.

Kalau korang tengok perlawanan antara Manchester United dengan Real Sociedad kelmarin dulu dalam saingan Liga Juara Eropah tu, memang Ashley Young yang berlakon kat petak penalti tu dah kena hukum karma. Sepakan penalti Van Persie gagal disempurnakan United. Jadi, pulanglah United dengan satu bijik mata saja. 

David Moyes pula dilaporkan sangat bengang dengan tindakan si Ashley Young ini walaupun mungkin lakonannya itu bisa membantu United untuk menang kelak.



Sunday, January 20, 2013

Kekalahan Barcelona yang memalukan

Barcelona tewas di tangan Real Sociedad
BARCELONA: Barcelona yang terpaksa bermain dengan 10 orang mengalami kekalahan pertama dalam Liga Sepanyol selepas mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum kecundang 3-2 kepada Real Sociedad.

Lionel Messi menjaringkan gol ke-14 berturut-turut untuk meletakkan Barcelona di depan pada minit ketujuh dan Pedro Rodriguez kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-25 sekali gus memperlihatkan penguasaan mereka.
Bagaimanapun, Gonzalo "Chori" Castro merapatkan jurang pada minit ke-41 dan menyamakan kedudukan pada minit ke-63 selepas pemain Barcelona, Gerard Pique diperintah keluar padang sejurus dilayang kad kuning kedua.

Imanol Agirretxe kemudiannya memanfaatkan hantaran Carlos Martinez untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sociedad. - AP

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Barcelonaalamikekalahanpertama/Article/

Cerita Blogger