Monday, May 19, 2014

Kesian tapi berbaloi, Atletico Madrid meraikan kemenangan La Liga TANPA piala

Penetuan gelaran Liga Sepanyol atau La Liga terpaksa diheret sehingga ke perlawanan terakhir penuh dramatik antara Barcelona dan Athletico Madrid pada Sabtu lalu yang mana menyaksikan kedua-dua pasukan seri. 
Godin menjaringkan gol penyamaan buat Atletico Madrid

Keputusan itu sudah cukup buat Atletico untuk memenangi gelaran liga buat pertama kalinya sejak tahun 1996. Namun mereka terpaksa meraikan kemenangan mereka itu tanpa piala.
Diego Simeone diraikan oleh para pemain

Ini kerana presiden bola sepak negara itu dikatakan sedang bercuti dan tidak dapat menghadiri majlis penyerahan rasmi piala kemenangan la liga kepada Atletico.

Bukan saja tiada piala tapi penyokong mereka turut menerima layanan diskriminasi untuk memasuki stadium Nou Camp. Daripada lebih 90,000 tempat duduk, hanya 447 sahaja peminat Atletico yang diberikan tiket masuk. Dah tu, kena bagi tempat duduk kat row paling atas pulak...can you spot?
Nampak tak kelompok kecil penyokong Atletico Madrid kat stadium Nou Camp?

But at the end, semuanya berbaloi buat pasukan bimbingan Diego Simeone ketika mereka dinobatkan sebagai juara La Liga. Selain La Liga, Atletico turut berpeluang untuk menambah satu lagi piala Liga Juara Eropah musim ini sekiranya berjaya menewaskan kelab gergasi yang juga merupakan jiran mereka, Real Madrid, di Lisbon nanti.

Lagi Info Menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger