Sunday, January 13, 2013

Tanpa Ronaldo, Real Madrid sekadar mampu seri dengan Osasuna

Real Madrid sekadar seri dengan Osasuna
Real Madrid gagal mencipta kemenangan di gelanggang lawan selepas hanya mampu seri dengan Osasuna 0-0 semalam (12 Januari 2013) dalam saingan La Liga 2012/2013.

Tanpa kelibat pemain-pemain utama mereka seperti Cristiano Ronaldo, Ramos dan Adan yang digantung perlawanan serta Pepe yang mengalami kecederaan, rentak Real Madrid memang sedikit terganggu.

Kemenangan seakan milik mereka pada minit ke-78 selepas Callejon menjaringkan gol namun ia dibatalkan oleh pengadil selepas Callejon didapati berada dalam keadaan offside. Keputusan ini sekaligus meletakkan Real Madrid di tempat ketiga, 15 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger