Monday, June 9, 2014

Menang Piala FA, Pahang ke Piala AFC tahun depan

Shah Alam: Pemain tengah Pahang, Mohd Faizol Hussain yang dinobatkan pemain terbaik final Piala FA malam kelmarin tidak pernah meragui kemampuan rakan sepasukannya untuk bangkit walaupun ketinggalan pada sebahagian besar perlawanan.
Mohd Faizol Husain raikan jaringan pertama Pahang (Pic via Harian Metro)

“Apabila dimasukkan ketika pasukan ketinggalan, saya merasa sedikit tekanan. Namun keyakinan saya tetap menebal untuk kami mempamerkan kebangkitan kerana sudah banyak kali kami melakukannya terutamanya dalam aksi Liga Super.

Terdapat perlawanan di mana kami ketinggalan kepada lawan namun berjaya bangkit, itu yang mencetuskan keyakinan,” katanya yang meraih piala ketiga bersama Pahang selepas Piala Malaysia 2013 dan Sumbangsih pada awal tahun ini.

Pemain gantian itu hadir pada minit ke-70 menggantikan Azidan Sarudin dan dia tidak perlu menunggu lama untuk meledak jaringan penyamaan apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti gagal dijangkau penjaga gol FELDA United, Mohd Farizal Harun pada minit ke-79 untuk menceriakan kira-kira 50,000 penyokong Tok Gajah di Stadium Shah Alam.

“Ketika itu saya tidak mempunyai banyak pilihan dan masa semakin suntuk, jadi saya melepaskan rembatan dan syukur ia menerjah jaring.

Namun dalam sesi latihan saya selalu berlatih menjaringkan gol dari luar kotak penalti,” katanya yang turut meledak jaringan hampir sama ketika menumbangkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di separuh akhir.

Malah menerusi sepakan percuma yang dilakukannya pada minit ke-89, berjaya disambut seorang lagi pemain gantian, Zesh Rahman untuk disudahkan Dickson Nwakaeme bagi membolehkan Pahang menang 2-1 sekali gus menjuarai edisi ke-25 serta menempah slot ke Piala AFC tahun depan. - hmetro

P/s: Tahniah Pahang...tahniah FELDA United..cuba lagi tahun depan JDT!!

Lagi Info Menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger