Wednesday, July 30, 2014

Fuyoo! Jaringan Kung Fu terbaru dari Zlatan Ibrahimovic

Zlatan ni memang terkenal dengan jaringan-jaringan cantik tak kiralah di kelab mana dia bermain. Yang paling diingati ialah ketika dia menjaringkan gol jarak jauh Sweden menantang England dalam aksi persahabatan setahun lalu  yang sekaligus mengangkat namanya sebagai pemenang anugerah Puskas atau Goal of the Year 2013 dari FIFA.

Terbaru, pemain PSG ini sekali lagi menunjukkan kemahirannya...kali ini dengan menjaringkan Kung Fu goal..

Tapi sayang...ianya dijaringkan ketika sesi latihan...


Thursday, July 17, 2014

Kek piala dunia yang memang menyakitkan hati peminat Argentina

Don't judge a match based on who is dominating, because you never know what might happen...
Higuain berusaha menembusi pertahanan Jerman
Kalaulah gol si Higuain itu tidak terbatal kerana offside pada masa separuh masa pertama, mungkin pasti Argentina yang jadi juara piala dunia Brazil..namun akhirnya perlawanan yang seri 0-0 sehingga tamat perlawanan itu terpaksa dibawa ke masa tambahan..jaringan Gotze pada minit ke 113' memastikan kemenangan berpihak pada Jerman..

Perlawanan itu boleh disimpulkan melalui kek ini...pasti peminat Argentina sakit hati nampak...hohoho
Kek  bersalut Argentina berintikan Jerman
Kek ni nampak sedap dimakan...ops...puasa pulak...


Cerita Blogger