Friday, September 27, 2013

Messi buat kes, tak bayar cukai berjuta juta euro?

Dia memang menjadi idola banyak orang ketika di atas padang. Namun imej rendah diri pemain Argentina yang pernah memenangi anugerah World Footballer of the Year sebanyak empat kali ini sedikit tercalar berikutan kesnya yang dikatakan telah mengelak dari bayar cukai. 

Menurut sumber, Messi berhadapan tuduhan mengelak cukai berjumlah 4.16juta euro pada tahun 2006 dan 2009. Messi kini menetap di Barcelona, Sepanyol, bersama dengan kedua ibu bapa serta teman wanitanya.

Lionel Messi
Namun demikian, Messi jelas tidak membiarkan kemelut itu mengganggu prestasinya di atas padang selepas berjaya menjaringkan 10 gol dari 7 perlawanan terakhir Barcelona. Messi turut menyatakan ketidak resahannya dan memberi kepercayaan kepada peguam keluarga untuk menyelesaikan masalah cukai ini.



0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger