Wednesday, September 18, 2013

Real Madrid mengamuk menerusi gandingan mantap Bale-Ronaldo

Bale di bangku simpanan
Gareth Bale membuat impak serta merta dalam pasukan barunya selepas membantu Real Madrid membelasah Galatasary 6-0 dalam saingan Liga Juara-juara Eropah malam tadi.

Gandingan hebat Bale-Ronaldo
Walaupun berada di bangku simpanan selama lebih sejam, Bale memberi sumbangan besar terhadap tiga jaringan terakhir Real Madrid yang sebelum itu sudah pun medahului 3-0. Sepakan percuma Bale lantas tidak disia-siakan oleh jaringan penamat Cristiano Ronaldo. Selepas itu, Bale turut membantu Karim Benzema untuk jaringan ke lima mereka.


Cristiano Ronaldo pula menjadi pemain tumpuan dalam perlawanan tersebut selepas menjaringkan hatrick dan persembahannya jelas menunjukkan bahawa dia begitu gembira berada di Real Madrid dengan menandatangai kontrak baru sehingga 2018.

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger