Friday, September 20, 2013

Swansea belasah gergasi Sepanyol, Valencia

Selaku juara Piala FA musim lalu, Swansea secara automatik layak ke Liga Europa musim ini. Ketika ramai yang meramal bahawa Swansea akan tumbang di tangan gergasi Sepanyol, perkara sebaliknya yang berlaku apabila Swansea dengan mudah menjaringkan tiga gol tanpa balas.
Swansea meraikan jaringan
Prestasi semasa Valencia kini mungkin boleh dipersoalkan. Berada di kedudukan ke-16 liga serta mengalami masalah kewangan jelas menampakkan betapa Valencia kini berada di ambang kemorosotan.


Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa semalam, Swansea membenam Valencia yang terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Adil Rami dikenakan kad merah. Jaringan Swansea hadir menerusi Wilfried Bony , Jonathan Michu, dan De Guzman.
Kad merah untuk Adil Rami
Keputusan ini jelas menggembirakan Micheal Laudrup yang baru sahaja mengemudi Swansea selama 15 bulan.

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger