Thursday, September 19, 2013

Pemain pertahanan pengsan selepas dikenakan kad merah

Pemain bola pengsan selepas kena kad merah
Selalunya pemain bola akan memaki hamun pengadil perlawanan apabila dikenakan kad merah tetapi pemain Jerman berusia 20 tahun ini pulak pengsan selepas diberi kad merah.

Pemain pertahanan FC Groningen, Timo Letschert, menerima kad merah selepas mengasari pemain Heerenven. Begitu panik selepas diberi kad merah, dia terus pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh paramedik.


Mungkin juga dia kesakitan kepala selepas terkena lutut pemain Heerenven tu...


Sebelum ini pun pernah berlaku kes sedemikian yang dilakukan oleh pemain Aston Villa pada 2008, Steven Taylor, yang bertujuan hanya untuk menipu pengadil agar malambat-lambatkan perlawanan. Tapi, pengadil tu tak tertipu..

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger