Tuesday, January 8, 2013

Ronaldo sambung belajar di England

Ronaldo ketika zaman kegemilangannya
Masih ingat dengan Ronaldo? Ini adalah Ronaldo bekas penyerang sesasi dari Brazil yang pernah membantu Brazil memenangi Piala Dunia pada tahun 2002.

Dikhabarkan bahawa Ronaldo kini sedang mempersiapkan diri untuk menyambung pelajarannya dalam bidang pengiklanan di England. Menurut laman web metro UK, Ronaldo yang kini kelihatan lebih berisi akan berguru dengan Sir Martin Sorrell, seorang pakar ternama dalam bidang pengiklanan.
Ronaldo kini
Ronaldo, 36 tahun, yang bersara pada tahun 2011 berkata, "18 tahun telah berlalu dan saya sangat jarang belajar. Saya merasakan sangat perlu untuk menjadi pelajar semula. Saya belajar banyak dalam kehidupan, melancong, dan tinggal di negara asing. Tapi saya perlu menumpukan sesuatu dalam kehidupan sekarang. Belajar dengan Martin akan menjadi sangat sempurna. Saya akan bertanya dengannya banyak perkara seperti seorang penyerang di padang. Dia kena beritahu saya banyak hal."

Bukan Ronaldo seorang sahaja yang mempunyai minat dalam bidang akademik sebenarnya. Penjaga gol Chelsea juga mempunyai Ijazah dalam bidang undang-undang manakala Juan Mata pula sedang belajar dalam bidang pemasaran dan sains sukan.

Sumber: Metro.uk

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger