Wednesday, December 19, 2012

'Jangan layan peminat macam binatang' - Kompany

Kapten Manchester City, Vincent Kompany.

Kapten pasukan Manchester City, Vincent Kompany, lantang bersuara tentang ketidak setujuannya dengan cadangan pembinaan net di stadium bagi menghalang objek-objek yang dibaling oleh penonton sampai ke dalam padang.

"Saya berharap tindakan akan diambil tetapi jangan lupa dimana asal bola sepak dan sejauh mana ia telah capai", kata Kompany dalam satu temuramah yang dijalankan bersama BBC Football Focus.

"Memang saya akan berkata bahawa kita perlukan tindakan pencegahan tetapi haruslah melayan peminat seperti manusia dan bukannya seperti binatang yang perlu diletakkan di belakang sangkar.

Tindakan perlu diambil selepas berlaku insiden-insiden tersebut dan saya telah banyak mendengar pendapat tentang pemasangan net dan sebagainya. Tapi sebenarnya keupayaan kita meletakkan penonton di luar sangkar adalah sesuatu yang telah membuatkan permainan liga Inggeris menjadi lebih istimewa", ulas Kompany.
Insiden Rio Ferdinand dibaling duit di stadium Ettihad, Manchester City. (Sumber gambar: BBC)
Dalam perlawanan menentang musuh setempat, Manchester United Sabtu lalu, pemain pertahanan United, Rio Ferdinand, mengalami kecederaan di kepalanya selepas dilontar dengan objek keras dari penonton malah terdapat juga peminat Manchester City yang berlari masuk ke dalam padang untuk bersemuka dengan Rio Ferdinand. Ekoran daripada insiden tersebut, tiket sepanjang musim peminat Manchester City itu telah digantung - sumber: www.mcfc.co.uk

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger