Friday, December 21, 2012

Jose Mourinho sasar jawatan Ferguson di Old Trafford


Impiannya hanyalah berada di pentas terbesar dan mendapat perhatian semua pihak. Pertembungan dengan Manchester United di peringkat kalah mati 16 pasukan terakhir pada saingan Liga Juara-juara Eropah merupakan pentas terbaik Jose Mourinho untuk memikat pihak atasan United.
Jose Mourinho akan menjadi pengurus Mancheste United??
Hubungan renggang antara Mourinho dengan pihak atasan Real Madrid membawa kepada desas desus penamatan kontrak pada Jun lalu dan pengurus yang tekenal dengan jolokan 'the Special One' itu kini merancang untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris. Dia menyasarkan dua pasukan hebat Manchester. Sebelum ini Mourinho telah menunjukkan taring ketika Real menyingkirkan pasukan kendalian Roberto Mancini, Manchester City, dalam saingan Liga Juara-juara. Sekarang, dia berpeluang pula untuk meyakinkan pihak Old Trafford tentang keupayaannya.

Sejarah menunjukkan bagaimana Mourinho telah banyak membawa kejayaan di setiap pasukan yang dibimbingnya. Sejak membawa pasukan Porto memenangi Liga Juara-juara Eropah pada tahun 2004, Mourinho menjadi rebutan kelab-kelab besar. 

Kejayaan di Chelsea dan Inter Milan memang tidak dapat diragui lagi dan Mourinho sangat berharapagar dia dapat menarik minat David Gill dan keluarga Glazers apabila dia kembali pada perlawanan timbal balik di Old Trafford.

Mourinho dan Sir Alex Ferguson merupakan sahabat baik dan dikatakan telah berbincang mengenai masa depan United ketika mereka makan bersama di Salford's Lowry Hotel bulan lalu sebelum perlawanan antara Real Madrid dengan Manchester City. Ferguson juga percaya bahawa Mourinho boleh menggantikannya suatu  hari kelak selepas dia bersara.

"Dia (Mourinho) boleh mengurus di mana-mana, sudah pasti. Saya tak boleh komen lebih banyak mengenai apa yang akan berlaku di kelab ini (Manchester United). Saya tidak akan kekal selamanya, tetapi Jose boleh mengurus di mana-mana, memang tak boleh dipersoalkan lagi. Saya tak pernah terfikir bahawa seorang lelaki yang tidak pernah bermain akan menjadi pengurus yang hebat tetapi anda harus melihat personalitinya, saya rasa personaliti itu yang melakukannya. Dia mempunyai personaliti yang hebat dan kuat. Dia telah memenangi 21 trofi dan ia sangat hebat. Berapa umurnya sekarang? 50 tahun? Jadi dia muda 20 tahun dari saya. Pada kadar sekarang, dia akan menambah 42 trofi lagi. Hebat bukan?". ulas Sir Alex Ferguson.

Walaubagaimanapun, terdapat ahli tertinggi United yang kurang bersetuju seperti Bobby Charlton. Katanya, "Dia (Mourinho) memang pengurus yang sangat baik, tetapi itu saja yang mampu saya katakan".

Ramai yang kurang senang dengan sikap suka 'menonjol-nonjolkan' kan diri Mourinho termasuklah presiden Real, Florentino Perez, para peminat dan media Sepanyol, yang dikatakan Mourinho sebagai tidak menghormatinya seperti yang diingini.

Kerenggangan di Santiago Bernabeu jelas memberi kesan terhadap persembahan Real yang ketika ini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

Sumber: mD

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger