Prestasi Liverpool pada awal musim ini memang hambar bukan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris malah juga dalam saingan Liga Juara Eropah. Mengapakah prestasi Liverpool begitu merudum pada musim ini? Berikut merupakan lima sebab menurut penganalisis bola sepak, Adam Bate.
1. Kehilangan Luis Suarez
Mungkin inilah antara sebab utama yang memberi kesan mendalam terhadap prestasi Liverpool. Pemain kebangsaan Uruguay ini telah menjaringkan 31 gol dalam saingan EPL musim lalu - belum pernah ada pemain yang berjaya menjaringkan gol sebanyak itu dalam satu musim. Bukan saja menjaringkan gol malah Suarez juga telah menghadiahkan 12 assist kepada Liverpool - hanya Steven Gerard yang pernah mengatasi jumlah itu. Malah semasa Suarez dijual kepada Barcelona, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers sendiri telah mengatakan, "We lost a world-class player".
2. Integrasi pemain baru
Pemain datang dan pergi. Ia juga memerlukan masa untuk seseorang pemain itu berasa benar-benar serasi dengan taktik dan cara permainan pemain lain. Walaupun Liverpool dah habiskan banyak duit untuk membeli pemain baru yang top class seperti Adam Lallana dan Rickie Lambert, namun masalah kecederaan yang dialami oleh mereka di awal musim memberikan kerja yang lebih sukar untuk Rodgers di Anfield. Malah Rodgers juga perlu berhadapan dengan cabaran untuk 'mengurus' Mario Balotelli yang suka buat hal di dalam dan luar padang. Memang satu transisi yang sukar buat Liverpool.
3. Komitmen terhadap Liga Juara Eropah
Musim ini menyaksikan juara Eropah lima kali itu kembali semula ke persada saingan Liga Juara Eropah. Namun ianya bukan lah semudah yang disangka. Itu bermakna beban bertambah kepada Brendan Rodgers untuk menyeimbangkan starting line-up dalam setiap perlawanan demi untuk meminimumkan potensi kecederaan pemain akibat daripada keletihan.
4. Kurang masa berlatih taktikal
Bayangkanlah berapa masa saja yang mereka ada bila terpaksa mengharungi dua perlawanan dalam seminggu. Satu adalah untuk perlawanan liga perdana dan satu lagi untuk perlawanan liga juara. Jarak antara tempat perlawanan juga bukannya dekat. Mesti penat pemain-pemain Liverpool sampai hilang fokus.
5. Harapan yang disandarkan terlalu tinggi
Musim lalu, Liverpool hampir saja memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris. Tapi disebabkan oleh kesilapan-kesilapan pada saat-saat akhir, mereka terpaksa melepaskan takhta kepada Manchester City. Di kala banyak pemerhati sukan berpendapat bahawa Liverpool bakal memecah kebuntuan hampir 20 tahun tanpa menang piala Liga Perdana Inggeris, Liverpool nampaknya semakin tertekan dengan harapan yang disandarkan kepada mereka sehingga mempamerkan prestasi yang tidak menentu sampailah ke musim ini.
Anyway, bukan Liverpool saja yang berhadapan dengan masalah transisi ini. Kita boleh lihat banyak kelab lain yang mengalami nasib yang sama juga. Macam Manchester United tu..
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...