Saturday, May 10, 2014

Peminat Liverpool makin terdesak kat Twitter #YNWA

Selepas kalah kepada Chelsea dan sekadar seri pada perlawanan EPL lalu, Liverpool kini memerlukan keajaiban untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris yang mereka tunggu-tunggu sejak 24 tahun lalu malam ini. Mereka perlu menang menentang Newcastle dan mengharapkan agar West Ham menumbangkan Manchester City yang kini menghuni tangga teratas liga dengan hanya dua mata perbezaan.

Di kala impian memenangi EPL makin kabur, ramai peminat Liverpool yang semakin terdesak dan masih mengharapkan keajaiban. Mereka meluahkan rasa terdesak itu di Twitter dengan mengongsikan nazar yang melalut pun ada. Antaranya...






Well...can't wait to see the match tonight..kalau Liverpool gagal memenangi gelaran EPL musim ini sekalipun, tapi mereka pasti akan bangkit musim depan dan memenanginya. Itu yang berlaku pada tahun 1971 di mana Liverpool mula bangkit sebagai pasukan dominan di England. Walaupun tidak memenangi sebarang kejuaraan ketika kebangkitan mereka namun selepas 1971, mereka mula memenangi piala demi piala sehingga tahun 1990an...#YNWA

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger