Monday, May 26, 2014

Kita lihat apa yang berlaku kepada Harimau Malaya selepas 4 tahun

Ayahandanya dah pegang kerusi itu selama 30 tahun dan sebagai rakyat Malaysia, kita dah boleh menilai sejauh mana pencapaian skuad negara sehingga kini. Nak kata layak ke Olimpik, tak dapat juga, inikan pula Piala Dunia. Dulu, kita layak masuk Piala Asia pun sebab kita jadi tuan rumah bersama. Masa tu, skuad kebangsaan kita jadi pasukan belasahan..memang memalukan.

Tapi sejak empat lima tahun lalu, prestasi skuad kebangsaan nampaknya menunjukkan peningkatan ketara selepas berjaya menjulang Piala AFF 2010 dan menang pingat emas berturut-turut dalam dua siri Sukan SEA (2009 dan 2010). Sebelum ini, kita juga menang pingat emas Sukan Sea pada tahun 1989.

Namun, adakah legasi Sultan Ahmad Shah ini mampu ditransformasikan lebih baik oleh anakandanya, Tengku Abdullah, setelah dipilih sebagai presiden baru FAM?
Presiden baru FAM, Tengku Abdullah

Tengku Abdullah juga merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia. Jika kita lihat pencapaian skuad hoki negara ketika ini, memang sangat membanggakan. Skuad hoki remaja sudah beraksi di pentas piala dunia remaja manakala skuad utama negara pula bakal beraksi di Hoki Piala Dunia hujung tahun ini. 

Apa pun, semuanya itu bukan berlaku sekelip mata saja dan memerlukan perancangan yang teliti dari awal. Sebagai penyokong sukan bola sepak negara, kita pastinya mahu melihat skuad Harimau Malaya beraksi di pentas tertinggi Piala Dunia sebagaimana yang dilakukan oleh skuad hoki negara walaupun hakikatnya format pertandingan kedua jenis sukan ini berbeza.

Mampukah impian bola sepak negara ini tercapai di bawah kepimpinan Tengku Abdullah? ayahandanya kata kita perlu tunggu empat tahun..harap-harap selepas empat tahun, kita dah boleh nampak benih-benih transformasi itu.

Lagi Info Menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger