Saturday, May 24, 2014

Malaysia ke Final, Lin Dan gigit jari, China dimalukan Jepun

Entri ini lari sikit dari niche blog tapi tak per..sebagai rakyat Malaysia yang menyokong negara dalam pelbagai bidang sukan, gua sisipkan juga entri pasal badminton...hehe..ye lah, Malaysia kan dah masuk final Piala Thomas semalam..
Ini adalah peluang terbaik Malaysia untuk memenangi piala Thomas yang kali terakhir kita menangi ialah pada tahun 1994. Di final nanti, Malaysia akan bertemu Jepun selepas menyingkirkan Indonesia 3-0 di New Delhi, India, semalam. 

Jepun pula sebelum itu telah memalukan juara bertahan, China dengan straight set 3-0. Malu China wei...pemain yang mereka turunkan pun bukan calang-calang. Kemenangan straight set Jepun itu menyebabkan Lin Dan terpaksa gigit jari kerena tidak sempat bermain sebagai perseorangan ketiga pasukan China...hohoho..Chen Long pun kalah awal-awal oleh Kenichi Tago.

Bagi gua la kan, Jepun kini adalah pilihan utama untuk memenangi piala Thomas selepas menyingkirkan China dengan mudah dan Malaysia perlu lebih berhati-hati...bak kata omputih, expect the unexpected..

Lagi Info Menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger