Friday, May 23, 2014

Fuyoo! Moyes kembali dan terus masuk Champions League??

Reputasinya memang teruk terjejas ketika menjadi pengurus Manchester United dan mencatat banyak sejarah pahit di Old Trafford sehingga kelab gergasi itu tersungkur jauh hampir ke pertengahan liga EPL.

Engko memang bertuah lah Moyes... 

Namun di kala United gagal mencuri tempat di Liga Juara-juara Eropah musim depan, Moyes yang dipecat April lalu itu berkemungkinan besar akan mengemudi sebuah lagi pasukan yang bakal bersaing di Champions League.

Pengunduran Neil Lennon di Celtic kini membuka ruang kepada Moyes sebagai pengurus baru kelab gergasi Scotland itu. Sekiranya dia terpilih, inilah peluang Moyes untuk memperbaiki reputasinya yang teruk terjejas di Old Trafford.
Neil Lennon ketika menjadi pengurus Celtic
Celtic telah memenangi tiga gelaran liga dan dua piala Scottish dalam tempoh empat tahun di bawah kendalian Neil Lennon yang akan menjadi pengurus baru pasukan Norwich. 

Adakah Moyes pilihan terbaik Celtic? only times will tell us how...

Lagi Info Menarik:

1 comments:

  1. celaka kau...dah lah dulu rampas job gua kat united

    ReplyDelete

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger