Tuesday, May 20, 2014

Louis van Gaal kini sah sebagai pengurus baru Manchester United

Dah sah sekarang bahawa Louis van Gaal akan menjadi pengurus baru Manchester United menggantikan David Moyesd bermula musim depan. Ianya dilaporkan oleh laman web rasmi kelab itu, manutd.com.

Pengurus yang juga merupakan pengurus pasukan kebangsaannya, Belanda, telah menandatangai kontrak selama tiga tahun bersama United. van Gaal akan dibantu oleh Ryan Giggs selaku pembantu pengurus bersama dua lagi pembantu jurulatih baru iaitu Frans Hoek dan Marcel Bout.

Pengurus berusia 62 tahun itu telah memenangi beberapa kejuaraan di Belanda, Jerman, dan Sepanyol sepanjang kariernya. van Gaal akan memulakan tugas barunya itu selepas selesai kempen Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung bulan depan di Brazil.

Lagi Info Menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger