Tuesday, February 11, 2014

Insiden T-Team tinggalkan stadium Larkin: Mana Irfan ketika majlis angkat sumpah depan al-Quran?

Bila masing-masing ada cerita mereka sendiri, orang ramai pun tak tau mana betul dan mana tak betul. Jadi salah satu cara paling sesuai mengikut Islam ialah dengan mengangkat sumpah si depan al-Quran. Tapi bila orang yang menjadi tumpuan tak datang ketika lafaz sumpah, memang akan menimbulkan pelbagai tanggapan.
AZLAN dan Khairan Ezuan mengangkat sumpah di depan al-Quran dengan disaksikan Ahmad Said di Kuala Terengganu, malam tadi. FOTO Tg Syamim Tg Ismail
KETIKA penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali melafazkan sumpah di depan al-Quran, di Kuala Terengganu, ketiadaan tonggak simpanan, Muhammad Irfan Abdul Ghani, menjadi tanda tanya. 
Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel, di sini.
Bagaimanapun, Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian. 
Majlis angkat sumpah yang didahului Azlan turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu. 
Dalam sumpahnya itu, Azlan menyatakan insiden pemain import, Evaldo Rodrigues ditumbuk dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam 1 Februari lalu, adalah benar dan dia tidak berbohong. Begitu juga dengan Khairan yang turut menyatakan insiden terbabit memang berlaku.
Sementara itu, Ahmad berkata, majlis angkat sumpah bertujuan membuktikan kenyataan pemain dan pegawai T-Team adalah benar. 
"Sumpah ini penting bagi membuktikan keterangan daripada pemain dan pegawai T-Team adalah benar kerana implikasi daripada sumpah ini sungguh besar. 
"Sumpah ini juga dibuat kerana sudah timbul dua pendapat berbeza daripada T-Team dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT). 
"Apatah lagi dakwaan juga dibuat pertahanan T-Team iaitu Irfan. Terpulang kepada Johor DT sama ada akan turut bersumpah atau sebaliknya, yang penting kita buat. 
"Bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, dengan cara bersumpah ini dapat membuktikan kebenaran berkaitan insiden terowong di Larkin itu," katanya pada Majlis Menteri Besar bersama pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu
.
Mengenai Irfan, beliau harap pemain itu datang bersumpah membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah benar sebagaimana yang dinyatakan dalam siding media sebelum ini.
"Jika pemain dan pegawai T-Team sanggup bersumpah, saya mengharapkan pemain itu melakukan sumpah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia dia tidak berbohong," katanya. - myMetro

Sementara itu, pihak JDT pula setakat ini masih tidak membuat sebarang angkat sumpah depan al-Quran. Menurut mereka, angkat sumpah tersebut tidak perlu dilakukan.

Lagi Info menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger