Tuesday, February 11, 2014

T-Team terus bergolak: Irfan akhirnya hantar surat mahu tinggalkan T-Team

Kemelut dalam pasukan T-Team makin menjadi-jadi nampaknya. Satu demi satu isu yang timbul selepas berlaku insiden dalam terowong di stadium Larkin ketika T-Team menentang tuan rumah JDT sehingga T-Team bertindak meninggalkan stadium. Selepas dipertimbangkan, FAM akhirnya memberi kemenangan 3-0 kepada pasukan JDT yang pada awalnya telah mendahului T-Team 2-1 dalam saingan Piala FA tersebut.

Irfan Abdul Ghani, pemain T-Team
KUALA LUMPUR - Selepas 'hilang' selama beberapa hari dan gagal dihubungi oleh pasukan T-Team, Mohd. Irfan Abdul Ghani akhirnya menghantar surat untuk memaklumkan mengenai hasratnya mahu meninggalkan kelab dari Terengganu itu. Menurut Facebook rasmi T-Team FC, Irfan telah menghantar surat tersebut selaku pemain kepada pihak pengurusan pada sebelah petang semalam. 
Namun, tidak pula dinyatakan kaedah apakah yang digunakan pemain terbabit ketika menghantar surat tersebut. Surat itu dihantar hanya sehari selepas pengurusan T-Team mengumumkan sedang menimbangkan untuk menggantung pemain itu, termasuk tidak membayar gajinya gara-gara gagal melaporkan diri. 
Irfan menimbulkan kontroversi apabila membuat pengakuan menentang majikannya, T-Team dengan mendakwa tiada pemain pasukan itu yang dipukul dalam terowong ketika insiden panas melibatkan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) berlaku pada pusingan kedua Piala FA, minggu lalu. 
Irfan, pemain pertahanan yang pernah beraksi untuk JDT musim lepas pulang ke Johor Bahru atas alasan ibunya kemalangan tetapi tampil membuat sidang akhbar. Semenjak detik itu, dia mendiamkan diri tanpa memberitahu sebarang perkembangan kepada pasukan T-Team. - Utusan
Para pemain dan pegawai T-Team yang beragama Islam sudah mengangkat sumpah depan al-Quran di Hotel Tabung Haji sambil disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri yang juga Pengurus T-Team, Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. Namun kelibat Irfan langsung tidak kelihatan ketika majlis tersebut. Tindakkannya ini memang menimbulkan banyak tanda tanya..


0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger